Home tools Ujian Nofollow Link

ujian nofollow linkPernahkah anda dengar nofollow link sebelum ini? Bagi yang tidak pernah dengar atau tidak mengetahui apa itu nofollow link saya akan terangkan serba ringkas disini.

nofollow link sebenarnya telah diperkenalkan oleh Matt Cutts dan Jason Shellen pada tahun 2005 sebagai langkah mengatasi komen spam. Contoh link yang diletakkan dengan attribute nofollow adalah seperti berikut

<a href=”http://google.com title=”google” rel=”nofollow” >Google</a>

Link yang diletakkan dengan attribute ni akan buatkan googlebot (spider) tidak akan mengambil kira link tersebut untuk pagerank.

Tujuaan ujian nofollow ni dibina oleh saya adalah khusus untuk periksa sama ada link pada website atau blog itu mengandungi attribute ini ataupun tidak. Sekiranya ada lakukan link exchange dengan rakan anda anda perlukan pastikan yang dia tidak letakkan nofollow pada link anda. Kalau tidak sudah pastinya anda akan rugi dari segi mata pada pagerank.

Cara untuk lakukan ujian ini sangat mudah masukkan sahaja alamat page yang anda ingin periksa dan tekan button “lakukan semakan” . Keputusan akan dikeluarkan dalam bentuk list link yang normal (dofollow) dan link nofollow.

Sekiranya anda hadapi masalah untuk lakukan ujian ini just tanya pada comment dibawah.

Lompat ke tools:
http://www.mahadirlab.com/tools/nofollow-checker/

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA