Tutorial Update Samsung Galaxy s2 i9100G ke Android 4.0 ICS dan Root
Perhatian: Proses update ini adalah sama seperti proses flash stock firmware, anda mungkin boleh skip penerangan dibawah sekiranya sudah biasa melakukannya dan mungkin boleh terus ke bahagian rooting.
Semua proses dibawah telah dilakukan oleh saya sendiri tanpa sebarang masalah, walaubagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya sebarang perkara tidak diingini berlaku apabila anda update menggunakan tutorial ini akibat kecuaian anda mahupun sekiranya anda telah berhati-hati mengikuti tutorial ini. :) <– ini disclaimer je abaikan sekiranya anda seorang flasher tegar
Akhirnya Android 4.0 Ice Cream Sandwich (ICS) untuk Samsung galaxy s2 telah dikeluarkan oleh Sammobile hari ini (29 Mei 2012) setelah penantian yang lama sejak ICS untuk i9100 dikeluarkan pada Mac yang lalu.
Untuk meneruskan update ini seperti biasa apa yang perlu anda lakukan adalah seperti kaedah rooting sebelum ini, anda tidak perlu untuk unroot telefon anda untuk meneruskan update ini.
Pastikan
* Tahap bateri cukup iaitu melebihi 60% sebaik-baiknya
* Perisian KIES telah terpasang (seeloknya versi terbaru)
*Driver terpasang dengan baik ataupun anda akan mengalami masalah sangkut pada “Setup Connection” semasa update dijalankan
Update ini akan memasang Android 4.0.3 GXXLPQ dari India, ini bermakna bagi pengguna firmware Malaysia (DZKL3) yang ingin menunggu update dari KIES ia masih tidak keluar lagi. Anda mungkin terpaksa menunggu sekiranya ingin update menggunakan KIES ataupun melalui fungsi update pada telefon.
Update ini tidak berbahaya seperti rooting walaupun menggunakan Odin kerana ia tidak akan void warranty anda tetapi saya cadangkan untuk melakukan backup terlebih dahulu sekiranya perkara tidak diingini berlaku. Selain itu, sekiranya telefon anda rooted dengan update ini ia akan hilang.
Perlu diingat update ini akan menggunakan Odin seperti kaedah rooting tetapi ia tidak akan menambah binary counter kerana update ini adalah stock firmware dari Samsung. Kaedah update ini adalah lebih lancar dan mudah berbanding menggunakan KIES. Oleh itu kaedah ini adalah lebih saya rekomen kepada anda :) .
Baiklah seterusnya anda perlukan file dibawah:
Download I9100GXXLPQ_I9100GODDLP7_INU.zip (file update)
Odin Downloader (tidak perlu download sekiranya anda sudah ada)
Seterusnya extract I9100GXXLPQ_I9100GODDLP7_INU.zip dan Odin v1.85.zip anda akan jumpa file
I9100GXXLPQ_I9100GODDLP7_I9100GDDLP5_HOME.tar.md5
Matikan telefon anda dan masuk ke Download mode menggunakan kombinasi tiga button (Power down + Home + power) ataupun boleh menggunakan USB jig (cara mudah) ataupun boleh melalui ktool (sekiranya telefon anda rooted)
Setelah masuk ke download mode, sambungkan USB ,
ID:COM akan bertukar kuning, kemudian pilih file update tadi melalui button PDA
Pastikan hanya tandakan pada Auto Reboot dan F. Reset time
Rujuk gambar dibawah:
Setelah selesai, tekan button Start. Proses update ini memakan masa lebih kurang 2-5 minit sahaja dan akan memaparkan gambar seperti dibawah setelah selesai flash menggunakan Odin.
Proses update diteruskan setelah telefon anda dihidupkan (restart) secara automatik selama lebih kurang 2 minit untuk menggantikan appikasi yang lama. (Anda hanya perlu tunggu dan lihat).
Setelah selesai pergi ke settings -> About phone dan anda dapat lihat Android version 4.0.3 dengan Kernel 3.0.8
Antara app pertama Android 4.0 yang saya cuba adalah FaceUnlock, anda juga boleh cuba sangat menarik.
Cara untuk Root
Cara untuk root adalah mudah sahaja perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah download ClockWorkMod Recovery dibawah:
GT-I9100G_LP7_ClockworkMod-Recovery_5.5.0.4.tar
(Recovery ini dihasilkan oleh CodeWorkx, kredit kepada beliau)
Flash recovery ini seperti biasa menggunakan Odin , dalam download mode (pada bahagian PDA).
Kemudian download Root.zip
http://www.mediafire.com/?w3zzodjc1b8kqdh
masukkan root.zip ke sdcard (boleh internal atau external)
masuk ke CWM recovery mode
flash root.zip melalui install zip from sdcard.
Recovery ini agak berbeza sedikit dari biasa, untuk navigasi guna volume up dan down untuk pilih pula gunakan power button (bukan home button).
Ok reboot telefon anda, dan taraa ICS + Rooted !!!!
P/S: Saya hasilkan tutorial ini walaupun esoknya saya ada exam so agak rush sedikit. BTW tolong doakan kejayaan saya ye.
Boleh follow twitter saya sekiranya ingin tahu update2 terbaru dan juga ingin tanya soalan!!!. Saya post ke twitter dulu baru ke Facebook :)
terbaik!
assalamualaikum warahmatullah ..ics untuk india ni sama ke dengan ics untuk malaysia nanti ? :-)
Waalaikumsalam, sama cuma tiada sokongan Bahasa Melayu
bro…sblm update nih…kene root hp dlu ker???
Tak perlu.. cuma sekiranya dah root ia akan hilang selepas update.
tengok kat sammobile,ada yg kata ram jadi kurang lah ..betul ke?
Betul.RAM jadi 687 sahaja dari 900 lebih..
Salam..
Kenapa sy try update tp keluar “Can’t open the serial(COM) port.”..
boleh bantu x ?
Masalah driver. Cuba reinstall balik Kies atau update kies anda ke versi terbaru.
bro.. kenapa tak boleh capture screen yer?
Boleh aje.. gambar firmware about phone tu saya screen capture la. cuma agak susah sikit kena betul2 serentak tekan button home + power ..
Assalamualaikum bro…slepas update ke ICS,root perlu dijalankan atau tidak??sy masih tidak faham apa itu root…harap dapat membantu…
dah update dah ..setting network dia ada kelam kabut ckit tapi dah boleh dah..hehe ..
yg dak amer tu restart laptop /pc aje..taadi kena jugak macam tu ,pastu ok dah..
ok..da update untuk yg malaysia punye..bru lepas..tp RAM jd kecik..
dah keluar la plak ..kena tukar semula ..hehe
hadoi..semalam baru update india punya version last2 hari ni keluar Malaysia punya version… kes tak sabar…hahha..tapi sama je kot… cuma takde bahasa melayu jer
Bro, ada link selain hotfile utk update ICS yg malaysia tak? tq
ermm rasanya tiada saya pun tengah cari kalau-kalau ada mirror lain, saya pun masih tak download lagi sebab malas nak tunggu sampai setengah jam.. :)
bro, mcm mner nk root, yg atas ni, x jadi lah.. s2 g, sy dah update version 4.0
tgl nk root jer.. plssss
terima kasih mahathir!
Salam,nak tye,bila RAM jdi kecik,performance phone menurun jgk ke berbanding sblum ni?lagi 1,sya da update ke Malaysia punye tp dekat homescreen dia yang button bawah tu supposedly ada 4 kn?(dial up,message,contact and Menu) tapi saya punye da jadi 3 je,yang speed dial tu ilang.Memang mcm tu lepas update ke pe eh?ke boley add balik shortcut tu dekat tempat sama?
Tentang performance tu kurang pasti la tapi rasanya mungkin turun tapi takdela noticeable sangat. Sebabnya performance pun bergantung pada CPU juga.. Pasal button tu rasanya boleh tambah, saya pakai go launcher jadi tak berapa pasti kalau stock launcher boleh tambah atau tidak.
Assalamualaikum bro. Nak root ni mcm mana? Aku kurang faham la bro. Tolong. :D
Kalau tak faham step kat atas, tunggu dulu custom kernel keluar kemudian root guna custom kernel. Saya akan update blog ni bila ada custom kernel nanti.
salam.. sy dh update ics malaysia… skrg nk root plk.. tp file root tu utk LP7.. malaysia LP6.. so, boleh guna ke?? atau ada file lain??
boleh.
salam. Kalau dah root..cmne?sbb sy dah ekot tutorial root bro dlu..buleh ke ekot step atas ney utk upmate?
baca kenyataan ini
“Untuk meneruskan update ini seperti biasa apa yang perlu anda lakukan adalah seperti kaedah rooting sebelum ini, anda tidak perlu untuk UNROOT telefon anda untuk meneruskan update ini”
:)
Ubdate*
Erk.. sorry x sdar bro ad ckp x perlu unroot. Heh. em. Kalau kite update ics ni. Dalam keadaan fon dah root kn. Kirenye lepas ubdate tu.. Fon kite mcm dah xroot la kn?? Sbb firmware dari samaung kn? So maknenye wRanty sy hidup balek la nanti?? Hihii
Takde hal .. :) Kaedah ini akan bersihkan superuser dan root tapi Warranty yang void tetap boleh dikesan dengan custom binary counter sekiranya tidak dikosongkan.
nape ics ni nampak mcm biase je ek?. yg abg sy punya i910 lain plak..
eh tapi dalam benchmark ram sy naik smpa 980. sblm ni 733.. wow…
ics nampak biase sbb xdek custom rom ek?
nk tnya, sebelum update ics ni, perlu remove memory card trlebih dahulu tak?
terima kasih.
mntak maaf..sy nk bertanya..root tu untuk ape?kalo update S2 ni ke ICS,warranty akan hilang ke?nk kene update dlu ke atau kene wt root dulu? mntk maaf sgt2..sy newbie xsmpai sebulan pkai galaxy..mntk tolong ajar..thnkz :-)
Bro sorry menggangu. tp ade pertanyaan. lepas flash benda ni. saya buat *#1234# CSC saya unknown. harap anda boleh membantu saya.
cuba wipe data melalui recovery tapi buat backup dul. lepas tu tgk ok tak
bro. nak tny ni..nape xleh restore backup yg dzkl dulu? die lekat kat boot tu.. bricked ke?
Tak boleh restore GB kat ICS.. kena downgrade dulu baru restore.
lollll..ptt asyik lekat je.. heran sy nape asyik duk lekat kat boot screen jep. cuak dah mula2.. nyway thanks broo :) bile custom kernel kuar?
n satu lagi. lepas sy upgrade n root. sme apps lepas dah takleh pakai. so sy pon wipe data je. then restore balek guna titanium. knp ek?
Adakah itu upgrade kali pertama dari GB ke ICS? kalau dah pernah downgrade dulu kemudian cuba kembali balik ke ICS berkemungkinan ada konflik, so mmg kena wipe data. Sepatutnya memang kena wipe data lepas upgrade ke ICS ni tapi saya tak masukkan sebab saya assume semua user memang betul-betul dari GB jadi tak ada masalah konflik dan sebagainya. :)
erm yg mula2 sy upgrade okay je. then sy ade tgk custom rom kt xda dev. sy try la flash. tp x berminat plak. cm susah. sy pon restore la yg ics sy backup (ics update stock firmware). tp dier cakap md5 missmatch. so sy pon restore la yg gb dulu punya yg sy penah backup. lepas tu sy install balek ics ekot tutorial. sme apps jadi taleh pasang.. pelek plak sy. n nape jd md5 missmatch mse sy nak restore ics stock firmware?.
haa & satu lagi. sy backup ekot cwm ics yg sy br update ekot tutorial ni. tp xleh nak restore. die cakap mid mismatch.. knp ek? adoi.
wahh…sy sdg research mengenai S2..mgkin akan membelinya dlm 2-3 hari lg…baru jual HTC INC S..dan memang kaki flash rom..tgk blog ni..brtmbah yakin nk bli S2..klu ape2 sy xtau..sy nk tnye kat sini k..tqvm to bro mahadir.
salam…bro mcm nak download root.zip tu…sy dah cuba tp takde kluar apa2 pun
saya dah upgrade samsung galaxy s2 ke ICS 4.0 daan root tapi hp saya mengalami masalah dengan apps “youtube” aplikasi youtube tak boleh dijalankan…error ” unfortunately, youtube has stopped”
macam mana nak atasi masalah ini???
salam bro, blh bantu x.sy buat xjd la, mgkin dh rosak sistem dia, sy pun xphm gk psl mnda ni..nk wt cmna yerk?? anset dh xblh guna, on jer kuar tanda 3 segi kaler kuning..gatal tangan last2 apa pon xblh.:(
setelah selesai dgn jayanye update ICS, apakah hp kita amat perlu utk root??
tak perlu
salam tuan tanah… saya nak tanya..kalau update ni perlu usb debug ke?
Tidak perlu pun tak apa
Salam bro, link clockwork tu mcm ada problem jer.. sya tak dapat nak access link tu.. thanks :)