Home Android Tutorial Terbaik Untuk Root Dan UnRoot Android

Tutorial kali ini saya ingin kongsikan cara terbaik untuk anda Root phone Android anda tanpa melalui proses command line ataupun muat turun cracked ROM dan terpaksa start phone dengan mode downloading serta berisiko tinggi untuk gagal.

Sebelum itu bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu Root , saya akan terangkan secara ringkas. Root merupakan proses ‘patch’  kernel untuk mendapatkan akses terhadap Root folder dan membenarkan apps pihak ketiga untuk akses ke internal sistem. Dengan kata lain, dengan Root phone Android anda anda seolah-olah telah membebaskan sekatan yang wujud selama ini.  Pada iPhone atau iPod istilah Root dipanggil sebagai JailBreak.

Diingatkan dengan melakukan Rooting pada phone anda Warranty phone akan hilang kerana dianggap mengubah sistem sedia ada secara tidak sah. Oleh itu, saya cadangkan sebelum anda lakukan Rooting fikir sepuluh kali terlebih dahulu. Walaubagaimanapun anda tetap boleh ‘undo’ dengan UnRoot dan membuang semua apps yang perlukan SuperUser Access, tiada cara untuk mengetahui anda pernah root phone anda setelah itu.

Terdapat banyak kelebihan apabila bergelar ‘Root User’ , di Android Market pun terdapat banyak apps yang perlukan Root untuk berfungsi. Selain itu, anda boleh dapatkan installer dari market dengan root kan phone anda.

Kaedah Root ini saya telah cuba pada Samsung Galaxy S2 dengan ROM Gingerbread 2.3.6 I9100GDZKJ2 baseband dan sepatutnya versi 2.3.6 dan kebawah masih boleh menggunakan kaedah ini.

Baiklah sekiranya anda telah bersedia untuk Rooting phone anda ikut sahaja langkah dibawah:

1. Pastikan PC anda telah terpasang USB driver untuk phone tersebut. (Bagi pengguna Samsung download Kies melalui link ini)

2. Aktifkan USB debugging melalui  Settings > Applications > Development > USB Debugging . Sekiranya anda menggunakan Kies, pastikan anda matikan terlebih dahulu kemudian sambungkan phone anda ke PC melalui USB.

3. Muat turun SuperOneClick (boleh download yg latest version)  extract kandungan file yang telah anda muat turun tadi dan jalankan file SuperOneClick.exe .

4. Klik Root buttton.
root1

5. Tunggu sehingga proses Rooting berjaya lebih kurang 5-10 minit. Dan selesai.. ;-)

 

Bagi ‘Root user’, nantikan tutorial saya akan datangkan berkenaan cara untuk hack game dengan apps dengan mudahnya…

 

 

 

 

51 replies to this post
  1. dah k dah bro pas restart…sy ad masalah gps…saya ad bace psl kalo root leh update accuracy…pkai fasterfix untuk gps..tp still cm x leh coz try gne papago td…x leh nak detect location skrng…mntak jasa baik bro leh x bg cadangan..sy pakai anset cm bro gak…s2G

    • ada mesej tak keluar sebelum hang? kalau takde prosess unroot mungkin akan mengambil masa bergantung pada sistem komputer yang digunakan so cuba jangan interrupt proses UnRoot tersebut selain tu cuba jangan buka program lain semasa proses ini unroot ni.

  2. bro…dah try balik proses unroot…smpi dier kluar ok…n apps pe tah lpe dier uninstall balik…nie kira berjaya erk…n fon sperti asl sblom unroot..
    bro ad mslh gps signal lock x?…btw…tgh tnggu bro update psl root user…

  3. Bro, sy nak root Samsung Galaxy Tab 10.1 boleh x? ikut cara diats ke?

    root pun x phm sngt ni. klu apple, jailbreak leh dpt paid software for free. btl ke? kelebihan lain?

    emel sy bro. reply2 pls. tq

  4. Link superoneclick 2.2 pun tak jln bro…. ni 1st tome nak rooting kita pinya phone. Mana lg nak dapatfile ni, takut slah file kita ambik……

  5. Tq bro, yg superoneclick versi 2.2.3 dah, kies tu tak dpt juga dia cakap file yg d cari tak ada, boleh bg link lain tak. Klau dah abis rooting nak buat apa g bro?

  6. salam bro mahadir..

    saya pengguna GS2-i9100G (DZKL3)
    bolehkah DZKL3 ni di-root menggunakan super one-click.
    kena tanya dulu sbelum apa2 terjadi.

  7. Salam. Henfon akak Samsung Galaxy SI. Waranti mmg dah habis sbb beli bulan 5 taun 2011. Semalam tiba2 hp tu OFF dan tak boleh ON balik. Kluar gambar opening Samsung tu je tp lps tu padam dan terus ‘hang’. Apa hal ye? Dulu pernah rosak tp dlm waranti lg. Itupun kena tipu dgn cina kedai beli tu, byr caj perkhidmatan rm100!!! Akak nk try la repair sndiri kalau u boleh tunjukkan caranye..hihi. Thanks!

  8. sya mnggunakn samsng g s2 i9100g….but firmware dah update ke adroid 4.0..ice criem……cara nak hapuskan falsh binary sya pda kosong…krna ah lbh 30 kli dah flash dia ni salah rom…….cm mna ni…:-(

Leave a Reply

In an effort to prevent automatic filling, you should perform a task displayed below.