Home Tutorial Hosting Tutorial setup domain sendiri untuk blogspot

Tutorial ini dibawah khas untuk pelanggan yang membeli domain dari  Mahadir Network Enterprise. Anda juga boleh membeli domain .com , .net , .org, .info dan banyak lagi dari kami. Sila layari semakan domain.

Ikuti langkah-langkah satu persatu dibawah:

1. Login Blogspot anda, anda klik pada settings

setup-blogspot-domain-0

Pergi kebahagian publishing-> Blog Address->Switch to Advanced settings. Masukkan nama domain yang telah anda beli dan klik save. Satu arahan akan keluar untuk anda sahkan domain tersebut milik anda. Rujuk gambar dibawah:

setup-blogspot-domain-4

* Sila ambil perhatian, pada gambar menunjukkan kdr5xr6kyjyx dan perkataan yang telah ditutup, ia merupakan kod untuk sistem blogspot mengesahkan anda memiliki kawalan terhadap domain yang dipilih. Nilai dan perkataan tersebut adalah berbeza untuk setiap akaun.

Maklumat pada nombor 2 dan 3 akan digunakan untuk setting DNS pada domain anda dan juga untuk mengesahkan domain tersebut dibawah kawalan anda.

 

2.  Login ke akaun billing anda dan pilih Domains->My domains

Kemudian pilih manage domain.

setup-blogspot-domain-1

Setelah itu pergi ke tab Addons dan pilih manage pada link DNS Host Record Management.

setup-blogspot-domain-2

 

Masukkan maklumat seperti dibawah berdasarkan maklumat yang diperolehi dari langkah 1.

Host Name             Record type             Address

www                         CNAME                    ghs.google.com

kdr5xr6xxx            CNAME                     xxxxxx

setup-blogspot-domain-5

Setelah selesai klik save. Kembali ke setting akaun blogspot anda dan isikan kembali maklumat seperti langkah satu dan save.

* Sila ambil perhatian, Sekiranya masih muncul ralat semasa save setting seperti langkah 1 ia mungkin disebabkan perubahan tersebut masih lagi belum sepenuhnya “propagate”. Proses yang dinamakan sebagai DNS propagation  ini mungkin mengambil masa 24-48 jam, sekiranya setelah tempoh ini masih keluar error anda boleh hubungi kami untuk bantuan teknikal.

 

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA