Home Tutorial Hosting Tutorial setup domain email forwarding sendiri

Tutorial ini khas untuk pelanggan yang membeli domain dari Mahadir Network Enterprise. Email forwading, DNS management dan ID Protection adalah percuma. Sila layari laman MahadirNetwork.com untuk maklumat lanjut.

Email-Forwarding

Apa itu domain? Domain disini adalah membawa maksud nama yang digunakan sebagai  memudahkan alamat IP, jadi daripada mengingat IP seperti 184.133.100.100 nama domain digunakan. Sebabnya lebih mudah untuk ingat perkataan berbanding nombor. Contohnya mahadirlab.com adalah domain yang dipunyai oleh saya, apabila anda tulis http://www.mahadirlab.com pelayar internet anda akan merujuk server DNS untuk “resolve” ke alamat IP 174.120.3.145 .

Domain email forwading membolehkan anda menggunakan alamat email dari domain anda sendiri. Contohnya anda mempunyai domain mydomain.net maka anda boleh bina email [email protected] , [email protected], [email protected] dan sebagainya. Email forwading membolehkan email yang dihantar pada alamat diatas di “forward” ke alamat email sedia anda contohnya ke alamat gmail, yahoo dan lain-lain/

Kelemahan email forwading ini, anda tidak boleh menghantar email menggunakan alamat domain, hanya boleh menerima sahaja. Anda boleh upgrade ke pakej web hosting dari Mahadir Network Enterprise untuk menghantar dan menerima email.

Untuk setup email forwading ini anda hanya perlu login ke akaun billing.

Pada menu Domains klik My Domains . Klik manage pada domain yang ingin anda setup.

Pada tab Nameservers tick pada Use custom nameservers (enter below) dan kosongkan pada semua kotak kemudian masukkan nilai dibawah

Nameserver 1 : admi440132.earth.orderbox-dns.com

Nameserver 2 : admi440132.mars.orderbox-dns.com

Nameserver 3 : admi440132.mercury.orderbox-dns.com

Nameserver 4 : admi440132.venus.orderbox-dns.com

Kemudain klik pada button Change Nameservers.

email-forwading-1

Kemudian pergi ke tab Addons, pada Email Forwarding klik Manage.

Bina email yang anda ingini dan klik pada button Save Changes.

email-forwading-2

 

 

 

 

2 replies to this post
    • Waalaikumsalam. Ya dengan cpanel lagi senang tapi itu kalau ada web hosting sekali maksudnya menggunakan DNS dari penyedia web hosting. Tapi kalau beli domain je contoh utk guna pada blogspot jadi feature free email forwading ni mungkin ada yang berminat untuk mencubanya.

Leave a Reply to Mahadir Ahmad Cancel reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA