Assalamualaikum dan salam sejahtera,
P/s: Sekiranya anda berjaya reset binary counter anda dengan cara dibawah, saya mohon untuk anda tekan button share kat bawah, Terima kasih atas setiap share dari anda :))
Akhirnya ada juga masa untuk saya tulis tutorial ini,
Sebenarnya pada firmware dzkl3 terdapat update untuk mengelakkan binary counter apabila berada pada download mode direset (dipadam). Update tersebut berada pada file bootloader. Setakat yang saya tahu boot loader untuk dzkl3 ni hanya ditambah dengan benda alah ni je yang lain tiada tambahan. Jadi tak ada masalah untuk anda reflash balik bootloader dari dzkj2.
Untuk tutorial ini anda anggap anda pernah menggunakan perisian Odin dan pernah flash sesuatu menggunakanya (mestilah pernah kan, kalau tak, takkanlah nak reset binary counter ni :) ) , oleh itu setting untuk driver dan lain-lain juga saya harap anda telah pasang pada pc. Rujuk tutorial saya tentang root firmware dzkl3 sekiranya perkara di atas belum lengkap pada anda.
Seterusnya untuk process reset ni anda perlukan:
1. USB jig (wajib ada, bagi yang berdekatan dengan kawasan kajang boleh pinjam kat saya, atau ikut cara saya order kat mudah.my, harga dalam RM20 )
Untuk package bootloader saya telah sediakan untuk anda download dan terus guna (tanpa perlu packing ke tar) .
Download i9100g-reset-binary-counter.zip
(seperti biasa password boleh didapati di http://www.facebook.com/MahadirLab?sk=app_190322544333196 )
Extract kandungan zip diatas, anda akan dapati dua file:
1. resetable_boot_loader.tar
2. Odin3 v1.83.exe
Seterusnya pastikan bateri anda 50% keatas, matikan phone dan hidupkan dalam download mode.
boleh guna salah satu dari 5 cara dibawah untuk download mode,
1. Tandakan settings->Applications->development-> USB debugging , samsungkan telefon ke PC dengan USB , buka ADB dan taipkan arahan
adb reboot download
2. Gunakan USB jig, matikan telefon anda kemudian sambungkan USB jig apabila download mode seperti gambar dibawah muncul cabut USB jig dan sambungkan ke PC dengan USB cable biasa.
3. Menggunakan tiga button: Matikan telefon anda kemudian hold button Power + volume down + home . Apabila phone dihidupkan lepaskan 3 button kemudian tekan volume up.
4. Gunakan terminal pada phone anda.Taip :
$su <enter>
# reboot download
5. Gunakan CWM manager, dan pilih download mode
Setelah berada pada download mode, sambungkan phone ke PC menggunakan USB. dan jalankan Odin.

Ikut sahaja urutan nombor pada gambar. Pada PDA pilih file resetable_boot_loader.tar .dan klik pada button start.
Sekiranya proses flash anda berjaya Odin akan menunjukkan seperti gambar dibawah dan phone anda akan automatik reboot.

Matikan phone anda seperti biasa dan sambungkan USB jig, taraaaa….
Odin mode
Erasing download information succeeded

(gambar credit to Amir shah)
29 Responses
blh tlg ajar cara nk update software utk galaxy s plus x bro
Maaflah saya tidak mempunyai device galaxy s plus untuk dicuba.
Slm Mahadir,
The clearing binary counter stuff is successfull. Tq for the guide.
Looking forward on how to upgrade to Ice Cream version for our SGS2.
Berjaya la cara yg bro ajar ni… Thx sbb buat tutorial yg mudah dan senang dipahami… X risau pasal binary count lagi dh pasni :)
Saya memang suka dan mudah untuk approve komen yg macam ni. Thanks sebab bagi feedback.
saya dah flash reset binary counter dan dalam odin tu bgtau pass dan phone automatik reboot..tapi bila saya odin mode, takde tulis erasing download infomation suceeded..apa masalahnya? utk pengetahuan, saya tak pakai usb jig..
satu-satunya cara untuk reset binary untuk gingerbread adalah guna usb jig.
oooo…macam tu..tq..tq..
Assalamualaikum bro,
Ada beberapa soalan kalau bro blh share sikit.
1. Apa sbb kena flash resetable bootloader tu sbb kalau tgk kt site lain, cucuk je JIG tu trus dia reset binary counter kan?
2. Dari yang saya baca dua tiga hari ni, counter utk kira brape kali kite reset binary counter pn btl ada ke? Mcm mana saya nak check?
3. br je pas beli usb jig+usb otg = RM30 ok x harga tu:)
Thanks and saya pn duk kajang :)
Sebab kena flash adalah kerana latest firmware samsung dah halang daripada binary counter tu dipadam dgn usb jig. apa yg bro baca tu mungkin adalah untuk firmware yg lama contohnya untuk firmware dzkj2 still boleh reset tanpa perlu flash
Time kasih sbb reply.
Last nak tanye ni…
1. Ape sebab binary counter ni increase?
2. Kalau flash stock firmware@kernel gune Odin pn increase jgk ke counter ni? Contoh nye kalau saya downgrade dzkl3> dzkj2 , counter tu akn increase ke?
time kasih
Binary counter boleh memberi bukti yang phone telah dimasukkan dengan binary yg bukan dari samsung so warranty void.
Flash custom ROM tak akan increase counter tu.
Sy rs bro mksud kn flash stock rom tak kan increase counter tu kan?
Trima kasih sudi share.
oh silap tulis. Ya flash stock ROM yang saya maksudkan.
Alhamdulillah berjaya reset binary counter. Thanks again! =)
Tima ksh. Saya dah berjaya root dan reset binary counter. Cuma ada beberapa soalan nak tanya:
1. Logo android tu x best. Mcm mana nak bubuh balik logo samsung?
2. Kalau kita nak upgrade ke ais kerim nanti ada apa-apa masalah tak?
3. Macamana nak dptkan CWM support tu. Apa dia sebenarnya menatang alah CWM tu? Ada tutorial?
hehe.. jangan marah yer. Sila jawab dgn tersenyum :)
cwm tu recovery mode. lepas root guna kernel superatmos boleh akses cwm recovery.
berjaya reset binary to NO….TQ bro…
not working on i9100GDZKL rom lolz~itried d also count (5) on custom binary~How come???
Ikut tutorial step by step.. DZKL3 tanpa flash old boot loader memang tak akan reset binary counter.
TAHNIAH!! tq bro..ko punye tutorial mmg real la..aku dh berjaya reset binary tu.. tq so much..
sangat membantu,berjaya reset binary dan remove yellow triangle,thanks bro!
Bro utk samsung s2 i9100 blh gne bootloader ni jgk ke?
Tak boleh. Ini untuk g sahaja.
Klau guna ics 4.03 pun sama method ke ?ada tak cara reset binary tanpa guna usb jig?Tks
ya untuk versi Ice Cream Sandwich(ICS) boleh guna kaedah ni. Untuk Galaxy s2 I9100G takde cara lain. Kalau s2 I9100 boleh guna Triangle away.
Kalau android version saya Jelly Bean 4.2.2 cm10.1 mod, adakah saya pakai kaedah ini untuk reset binary?
Kalau android versi saya ialah CyanogenMod 10.1 (CM10.1)4.2.2, dapatkah saya reset binary dengan kaedah ini?
boleh