Tutorial Menghasilkan PDF Ebook Secara Percuma
Dalam tutorial saya kali ini, saya ingin sentuh sedikit tentang perniagaan internet yang berkaitan dengan bidang penghasilan ebook ataupun ingin menghasilkan e-panduan dan sebagainya dalam format document jenis PDF. Buat pengetahuan anda ramai usahawan internet yang menjadi jutawan hanya dengan menghasilkan ebook ini. Bagi yang baru dalam bidang ini tidak mempunyai modal yang cukup untuk membeli perisian penghasil PDF yang professional. Jadi tutorial saya kali ini adalah berkenaan kaedah percuma untuk menghasilkan PDF tanpa perlu menggunakan satu sen pun duit anda. Teruskan membaca untuk mengetahui caranya.
Anda perlukan perisian open office untuk lakukannya. Open office merupakan perisian sumber terbuka (open source) dan percuma. And boleh muat turun di laman web perisian ini
ataupun boleh juga muat turun versi portable di
http://portableapps.com/apps/office/openoffice_portable
Setelah selesai muat turun mulakan proses pemasangan. Dalam tutorial ini saya menggunakan Open Office Portable.
Setelah selesai pemasangan, pergi ke folder yang telah anda pilih dan jalankan fail bernama OpenOfficePortable (.exe) .
Pilih Text Document apabila tetingkap (window) Welcome to OpenOffice.org muncul.
Gambar diatas merupakan screenshot antara muka perisian ini, jangan bimbang fungsinya ala Microsoft Office Word. Anda boleh mula menulis di bahagian tersebut.
Setelah selesai menulis, untuk jadikan ia ke format PDF. Klik pada bahagian “file” dan pilih “Export as PDF“.
Tetapkan seperti di atas pada bahagian ‘General‘ . Bagi bahagian ‘Initial View‘ , ‘User Interface‘ , ‘links’ dan ‘Security‘ adalah optional.
Langkah yang terakhir adalah namakan fail ebook anda dan tekan ‘Save‘ .
Proses penukaran format kepada PDF ni sebenarnya semudah ABC saja tapi yang paling sukar adalah menulis kandungan ebook itu.. :) . Anda juga boleh menggunakan Microsfoft Office Word untuk membuat proses penukaran ini tapi perlukan perisian tambahan. Walaubagaimanapun disini saya ingin tunjukkan kaedah percuma kerana Microsoft Office Word merupakan perisian yang berbayar untuk anda milikinya.
Seterusnya dalam tutorial akan datang InsyaAllah saya akan tunjukkan cara untuk menjual ebook anda secara online menggunakan paypal (turut percuma juga).