Home Tutorial Hosting Tutorial: Memasang WordPress secara manual

Dah lama rasanya tak keluarkan tutorial untuk webhosting ni. Sebenarnya terdapat permintaan untuk saya hasilkan tutorial memasang WordPress secara manual. Terdapat cara memasang secara automatik melalui Fantastico dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi yang menggunakan webhosting yang percuma atau berkos rendah fungsi autoinstller ini tidak boleh digunakan. Bagi yang tidak tahu apa itu WordPress atau untuk download atau gunakan perisian FTP sila rujuk tutorial saya sebelum ini. Apa itu WordPress dan cara memasangnya.

Baiklah saya menganggap yang anda telah berjaya upload kesemua file WordPress ke hosting directroy (folder) anda. Jadi langkah seterusnya pada pelayar web masukkan URL ke directory tersebut. Sebagai contoh http://yoururl.com/blog atau sekiranya anda upload pada pangkal directory hosting, masukkan saja http://yoururl.com. jadi anda akan tiba di page seperti dibawah:

installl wordpress manual 1

Klik sahaja pada ‘create configuration file‘. Untuk teruskan.

install wordpress manual2

sekali lagi perlukan mouse anda :) untuk klik pada button ‘let’s go‘. Anda akan tiba pada page yang meminta maklumat pangkalan data (database) mysql anda. install wordpress manual 3

Jadi macam mana untuk dapatkan maklumat database name,user name, dan database host.? Caranya mudah sahaja pergi ke Cpanel anda. (setiap Cpanel mempunyai perbezaan tertentu). Kemudian pergi ke bahagian software/service atau Database dan klik pada MySQL .

database

Setelah itu anda perlu bina satu database baru. Guna gambar di bawah untuk contoh. Maaflah saya terpaksa tutup beberapa bahagian untuk tujuan keselamatan.

install wordpress manual 5

 

Setelah anda tekan button ‘create database‘ satu senarai akan muncul. Copy maklumat tersebut ke bahagian pemasangan WordPress tadi

Database name ————————> MySQL Database

User name ————————-> MySQL User

Password ————————-> Password yang anda gunakan

Database Host ————————-> MySQL Host

 

Pada ruangan table prefix anda boleh biarkan sahaja dengan nilai wp_ ataupun tukarkan kepada nilai lain sekiranya anda ingin tingkatkan lagi keselamatan blog/website dari serangan MySQL injection. Walaubagaimanapun anda boleh tukar dikemudian hari dengan plugin-plugin yang ada pada wordpress.org. Setelah semua diisi dengan betul. Tekan button ‘submit’ .

Memasang WordPress secara manual

Setelah itu sekali lagi klik pada ‘Run the install

Memasang WordPress secara manual

Isikan maklumat tentang nama blog/website anda pada site title. user name dan password pula digunakan untuk anda login nanti serta email anda. Jangan lupa untuk tick pada ‘allow my site to appear in search engine’ untuk pastikan orang lain boleh cari blog anda di google, yahoo dan sebagainya. Setelah tekan button ‘install WordPress‘ proses pemasangan pun selesai. Anda akan di bawa ke login page untuk masuk ke dashboard. Anda sudah boleh menulis post anda yang pertama atau mengubah theme baru yang anda gemari atau menambah fungsi lain pada WordPress dengan ribuan plugin sama ada yang berbayar ataupun percuma.

Cara memasang WordPress secara manual

Memasang WordPress secara manual

Selesai sudah tutorial saya bagi cara memasang WordPress secara manual. Harap ia membantu anda sedikit sebanyak.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA