Home Android Tutorial flash custom ROM Samsung Galaxy s2 I9100G

Setelah Samsung menamatkan jualan Samsung Galaxy s2 i9100 di Malaysia semakin bertambah pengguna yang memakai i9100g. Walaupun developer bagi versi g ni tidak seramai pengguna “tanpa G” tapi nampaknya beberapa custom ROM telah mula dikeluarkan bagi Samsung Galaxy s2 i9100g.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk memasang custom ROM , kali saya akan tunjukkan pemasangan salah satu custom ROM yang dihasilkan oleh Manish Dev iaitu Dark ROM.

Dark ROM

Untuk lebih Screenshot dan tema boleh rujuk thread Xda Oleh developer ROM ini (rujuk link pada akhir tutorial )

Sebelum teruskan pada pemasangan pastikan anda lakukan backup terlebih dahulu, Dicadangkan untuk backup menggunakan CWM Recovery dan juga backup EFS melalui ktool .

Setelah itu, muat turun file ROM ini

Download ManishDev_I9100G_v1.0.zip

(Saiz : 301.40 MB )

Setelah selesai muat turun tempatkan file ManishDev_I9100G_v1.0.zip ke Sdcard phone . Dicadangkan letak ditempat yang memudahkan untuk dicari kemudian nanti.

flash_custom_ROM_19100g

Setelah selesai matikan phone dan masuk ke CWM Recovery. (boleh gunakan ktool untuk lebih mudah)

Anda akan dapat lihat CWM Recovey seperti lebih kurang gambar dibawah:

cwm recovery

Menggunakan VOLUME DOWN dan VOLUME UP pilih -install Zip from sdcard dan tekan button HOME untuk membuat pilihan.

Kemudian -Choose Zip from sdcard

Pilih file ManishDev_I9100G_v1.0.zip  dan Yes – Install ManishDev_I9100G_v1.0.zip

Tunggu sehingga selesai install kemudian pilih +++++go back+++++ dan pilih reboot system now.

P/S: Untuk pertama kali selepas flash custom ROM biasanya boot screen akan muncul lebih lama daripada biasa

Link ke XDA thread Manish DEV: http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1496938

40 replies to this post
  1. macam mana nak install CWM v5.0.2.3… sya ada jmpa v.5.0.2.8 tp dlm bntuk .tar
    boleh tolong?? sya betul2 nak try custom rom nih.. thanks :D

  2. salam, macam mana nak install cwm-based recovery nmih?? sya ada download v2.0.5.8 dlm form .zip dr xda-developers… tapi tak tau nak install cmner… sya pkai i9100g… dzkl3.. tq~

  3. thanks… dah boleh dah.. sya kena flash file tu guna odin dan jangan flash stock kernel untuk buang tiga segi kuning… :D. hehe best la rom baru nih… stable dan lgi smooth. thanks again for the help

  4. sir, ive done as you guided but after the flash my flight mode keep ‘ON’ and even i disable its still auto on appear sorry: the process com.android.phone has stopped unexpectedly. Please try again. Need your help.. highly appreaciated

  5. saya mengalami nasib yang sama. selepas reboot popup muncul “sorry: the process com.android.phone has stopped unexpectedly. Please try again”

    saya terpaksa restore balik rom asal.

    Firmware : DZKL3

    need help please !!!

    • Saya tak pernah ada problem ni bila flash. tapi ikut cara beberapa orang yg flash dan alami masalah macam ni mereka wipe data / factory reset lepas install (make sure backup dulu).. cadangan saya cuba dulu wipe dalvik cache n fix permissions kat advanced menu tengok kalau ok. kalau tak boleh cuba wipe data atau restore balik stock rom ataupun flash custom rom yg lain (saya cadangkan superrom 3.1, rujuk kat xda forum. step flash sama aje)

  6. Saya sudah root i9100gdzkl3.

    kalau first time buat custom ROM, boleh proceed dengan step kat atas ke? atau ade ape2 step yang kena buat macam wipe stock rom dulu ke?

    TQ

    • Buat custom ROM? Saya andai maksud anda flash custom rom, ya boleh setelah root guna step yg saya tulis. Wipe data (melalui cwm recovery) sekiranya ada problem lepas flash custom ROM.

  7. as salam bro.saya dah cuba buat ikut step bro.tp kat cwm recovery saya tu xkua pun install zip from sdcard.hanya kua wipe cache,update from sdcard,wipe data dan reboot now.saya dah letak file dark rom tu kat sdcard je bukan external.knp ye?satu lagi,saya punya cwn bila masuk,kua mcm ni…this version of cwm manager should be used with CF-root v5.0 or newer.it appears you are running a different kernel.various features have been disabled.

  8. bro,tumpang tanya.mcm mana nak install rom yang asal?saya skg tgh pakai rom haman.dah puas pakai dark rom.skg nak pakai yg asal pula.boleh bro terangkan?

  9. ya dah jumpa.sebelum ni saya xextract dulu fail xme tu,terus savee dlm sdcard.lol.skg sayya dah tau cmne nak guna.oh ya stock rom tu juga boleh digunakan utk unroot dzkl3.kalau ada lagi yg menarik tentang dzkl3 kite ni,bro post la ye.

  10. Bro, saya dah rooted guna tutorial sblm ni. yang keluar cuma SuperUser, CWM tak keluar. Adakah saya perlu flash sekali lagi untuk keluarkan CWM? Ni dah teringin sgt dgn dark ROM ni

  11. Salam, sy dah flash dark rom nie… tp ade masalah sikit… die x boleh connect dgn usb.. bila connect die just connect charging jer.. kenape ea? any solution x?

  12. bro, asl lepas memasang custom ROM, x der disply trus
    x msok2 screen. boot screen , u kate lama, baper lama ek.?

Leave a Reply

In an effort to prevent automatic filling, you should perform a task displayed below.