Home Android Tutorial Root Samsung Galaxy s2 I9100G DZKL3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Awal tahun 2012  ni Samsung telah mengeluarkan version DZKL3 bagi Samsung Galaxy S2 i9100G iaitu update untuk DZKJ2. Kedua-dua versi  ini adalah Android 2.3.6 GingerBread. Walaubagaimanapun versi DZKL3 ini lebih stabil berbanding yang sebelumnya dengan fix beberapa bug yang membuatkan phone menjadi sangkut (hang) terutama pada kamera yang akan hang apabila gambar diambil secara berturut-turut yang memaksa untuk reboot untuk terus menggunakannya.

Okay, ayat serius pulak kat atas tadi. Tak seronok la serius sangat kan. Saya tulis tutorial ni memandangkan versi DZKL3 ni masih baru dan memang tak ada tutorial lagi untuk root OS ni. Jadi saya telah luangkan masa riadah petang saya untuk menulis tutorial ini untuk anda.haha :)

Tutorial saya sebelum ini untuk root DZKJ2 menggunakan SuperOneclick dan kurang berisiko berbanding kali ini sebab menggunakan ODIN.

Baiklah, sebelum meneruskan proses rooting ini pastikan perkara dibawah dahulu:

1. Pastikan driver USB telah terpasang pada PC (download Kies)

2.  Muat turun Odin dan superatmos v2.1 (download Samsung Galaxy s2 root i9100G DZKL3.zip ) . Rujuk disini untuk password : http://www.facebook.com/MahadirLab?sk=app_190322544333196

3. Pastikan level bateri phone anda berada pada tahap yang baik (50% keatas)

Amaran: Rooting  akan membuatkan warranty telefon terbatal, lakukan atas risiko anda

(Walaubagaimanapun, case study saya menunjukkan sekiranya telefon anda mengalami soft bricked akibat flash custom ROM atau rooting masih boleh dapat full warranty dari samsung, nanti saya dedahkan case study ni)

Setelah semua perkara diatas anda lakukan, pastikan dahulu USB driver anda telah sepenuhnya terpasang dengan menyambungkan USB ke phone (sekiranya anda baru sahaja pasang kies) dan restart PC anda.

Untuk proses rooting ini anda perlu untuk masuk ke download mode. Boleh gunakan salah satu cara dibawah:

1. Tandakan  settings->Applications->development-> USB debugging , samsungkan telefon ke PC dengan USB , buka ADB dan taipkan arahan

reboot download

 

2.  Gunakan USB jig, matikan telefon anda kemudian sambungkan USB jig apabila download mode seperti gambar dibawah muncul cabut USB jig dan sambungkan ke PC dengan USB cable biasa. ( Sekiranya anda inginkan USB jig ni boleh dapatkan dari saya :) )

 

3. Menggunakan tiga button: Matikan telefon anda kemudian hold button Power + volume down + home . Apabila phone dihidupkan lepaskan 3 button kemudian tekan volume up.

 

Setelah phone berada dalam download mode, extract file Samsung Galaxy s2 root i9100G DZKL3.zip. Dinasihatkan untuk anda semak terlebih dahulu MD5 file berdasarkan readme.txt.

Sekiranya kies dibuka pastikan anda tutup terlebih dahulu, juga pastikan antivirus anda tidak mengganggu proses rooting ini.

Jalankan Odin3 v1.83.exe  .  Warna kuning akan muncul pada COMx menandakan telah bersedia untuk digunakan.

Pada odin bahagian PDA pilih file superatmos_v2.1.tar , biarkan bahagian lain kosong.

*tandakan HANYA pada Auto reboot dan F. reset time

rujuk gambar dibawah:

 

Setelah itu, tekan pada button START .  Sekiranya rooting berjaya warna hijau dengan perkataan PASS akan muncul  seperti dibawah:

Setelah proses rooting selesai telefon anda akan reboot secara automatik, simbol segitiga amaran bewarna kuning akan muncul semasa booting (ia menandakan telefon anda telah dimasukkan kernel yang bukan dari Samsung) dan juga screen loading galaxy telah bertukar ke android.

Di post2 yang akan datang saya akan tunjukkan tutorial  untuk membuang tanda ini. :)

 

P/S: Sekiranya anda mempunyai soalan yang priority tinggi jangan ajukan pada komen sebaliknya post pada wall page mahadirlab atau wall/message/twitter saya. Sebabnya respon saya agak lambat untuk komen pada blog sebab saya tidak hari-hari buka dashboard blog ni (sibuk study)

 

 

 

47 replies to this post
  1. nk tanya,sy pnya baseband da jd unknown la,imei pn da hilang..mcm mna ni bro?sy pkai juffo v2..mula2 sy pkai DZKL3,pastu sy install juffov_DZKJ2..

  2. kalau tersalah root ape jadi? kemungkinan hp jd mcm batu ke? xleh pakai terus? xdek backup ke sebelum buat semua benda ni? huuhu

    • Paling teruk boleh jadi soft brick. Bukan jadi batu. Itu cuma perumpamaan. Bila soft brick terjadi onn phone macam biasa (tak perlu masuk download mode) dan flash sekali lagi.

  3. Helo ,awat mase step 2 ,kene guna usb jig ????
    selama ni x pernah dgr pun dlm mana2 tutorial root sgs2 kene pasnag usb jig masa mula2

  4. byk cara sebenarnya utk root ni.kalaau dah faham step bro mahadir ajar ni,senang je sebenarnya.kalau brick pun,hnya root semula mcm step awal2 bro mahadir ajar.dan kalau dah faham,kite boleh main2 ngn sgs2 ni.byk custom rom yg menambahkan kelajuan gps,wifi,smooth touch katgoogle tu.just taip dzkl3 katt google insyaALLAH boleh jumpa.nice tutorial dari bro mahadir.

  5. erkk.nk tny ni. masa mula sy root ekot tutorial ni kn. jadi la. pstue sy nk install custom rom. then sy backup la. then kt dalam clockwod folder tu ade backup sy kn. sy takot tedelete backup file tu. then sy g rename ori. pstue x leh nk restore la yg backup tu.sebelum sy rename tu elok je buleh restore.lepas rename tu terus xleh. dier cakap md5 mismatch.. knp ek? dah cmne sy nk dapat kn baseband version dzkl3 balek? skrg dah jadi dzkk1…. kernel still the same. cuma baseband jer yang tuka ..cmna ek?.

  6. ehh..dah buleh restore. sy tuka name folder yg backup dari ori kepada haribulan md5 tu(nama asal). tapi kn.. baseband version tetap i9100gdzkk1. ke memang lepas root ni dier dkk1? bukan dzkl3 dah ek?sy x prasan sebelum ni.. heheh..

  7. hi bro lepas dah flash dia akan auto reboot kan? lepas tu akan hang pada triangle icon tu ke atau reboot macam biasa? bukan ape pasal saya pernah cuba flash kernel tersilap kernel version dia sangkut pada boot logo yellow triangle tu then saya kena flash balik pakai stock kernel baru phone saya boleh guna semula. Thanks untuk toturial diatas.

  8. bro cmne nak buat ek klu mobile network setting hilang selepas root, saya dah unroot blk pun tetap xde, saya guna galaxy tab 10.1 P7510

Leave a Reply

In an effort to prevent automatic filling, you should perform a task displayed below.