Home Kesihatan Tips untuk menguatkan daya ingatan

Assalamualaikum serta salam sejahtera pembaca setia mahadirlab.com. Hari ini saya ingin berkongsi beberapa info serta petua tentang makanan yang dapat menajamkan minda. Info dan petua yang saya kongsikan ini sebahagiannya saya ambil daripada petua orang-orang tua yang selalu dipraktikkan dan juga daripada majalah-majalah.
Terdapat pelbagai makanan yang dapat menguatkan ingatan serta kecerdasan minda kita, malangnya sebahagian besar daripada kita tidak mengamalkannya. Kebanyakan makanan yang saya senaraikan di bawah di amalkan oleh para hafiz dan hafizah untuk menguatkan daya ingatan mereka.

1)      Buah anggur hitam.

2)      Halwa (Halia yang dikeringkan).

3)      Madu lebah.

4)      Halia.

5)      Buah badam.

6)      Air susu.

7)      Air zamzam.

8)      Jus lobak.

9)      Kurma.

10)   Ikan tuna.

Sebenarnya, ada banyak lagi makanan berkhasiat yang dapat meningkatkan daya ingatan serta kecerdasan minda. Tapi saya memilih 10 makanan serta minuman yang mudah untuk disediakan dan khasiatnya sememangnya tidak dapat disangkal!

“Beb! Air zamzam senang ke nak cari dekat Malaysia? Family aku bukan tiap-tiap tahun pergi  Mekah.”

“Hihi. Dekat Malaysia ni ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan dapatkan air zamzam. Cuma bayarannya mahal sedikit, dan berjaga-jaga dengan syarikat yang kita dapatkan perkhidmatan tu. Sebab ada syarikat yang tak jujur mencampurkan air biasa dengan air zamzam.”

“Tapi mahal la.”

“Benda yang baik, jarang murah.”

Selain daripada pemakanan yang baik seperti 10 makanan serta minuman yang saya sertakan diatasa, oksigen juga penting untuk merangsang kecerdasan minda. Satu tips pengawalan pernafasan yang saya dapat daripada sebuah majalah kesihatan adalah teknik menarik nafas selama 7 saat dan menghembus nafas selama 14 saat. Teknik ini bukan saja dapat meningkatkan kecerdasan minda, namun dapat menenangkan hati dan minda daripada tekanan. Cubalah!

Apa yang saya nyatakan diatas adalah alternative tambahan untuk menguatkan daya ingatan serta daya kecerdasan minda. Yang utama adalah kerapkan membaca ayat-ayat al-quran dan senantiasa berzikir, insyaallah daya ingatan serta kecerdasan minda akan sentiasa meningkat.

Amalan berpuasa juga baik untuk meningkatkan daya ingatan serta kecerdasan minda. Sekarang ni bulan ramadhan, pasti ramai diantara kita yang berpuasa kecuali yang uzur syari’e. Maka selepas ramadhan ini, selalu-selalulah kita praktikkan untuk terus mengamalkan puasa sunat. Insyaallah, daya ingatan serta kecerdasan minda kita akan bertambah.

Rasanya setakat tu saja tips dan idea yang ingin saya sampaikan. Ada apa-apa tambahan? Kalau ada bolehlah komen dibawah ye.

Similar articles
0 1630

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA