Home Perniagaan Internet Tips mendapat 100 USD sebulan dengan Google Adsense

Google adsense merupakan antara program iklan yang sangat menguntungkan sekiranya anda tahu cara untuk “tackle” nya. Walaubagaimana agak kurang kerana ramai yang baru berjinak-jinak dalam adsense akan kecewa dengan jumlah pendapatan yang diperolehi, sekiranya anda baca artikel mungkin anda salah seorang.

Saya juga tak nafikan betapa sukarnya pada awal-awal saya menggunakan iklan Adsense dahulu, untuk mendapat 0.5 USD sehari pun begitu susah. Walaubagaimanapun setelah membaca buku-buku berkenaan usahawan internet yang berjaya meraih puluhan ribu USD dengan Adsense akhirnya saya sedikit sebanyak semakin memahami bagaimana untuk tackle program ni.

Untuk mendapat 100 USD sebulan iaitu minimum untuk anda boleh Withdraw, pastikan target income Adsense adalah antara 3.4 – 4.0 USD sehari.

Berikut merupakan hasil teknik yang saya guna pakai

1. Pastikan  niche dan kata kunci ke blog adalah tinggi nilainya

Untuk berjaya dengan Adsense niche blog anda adalah sangat penting. Iklan yang muncul pada blog anda adalah bergantung kepada hasil kata kunci pada penulisan. Semakin mahal kata kunci blog anda semakin mahal bayaran per klik yang anda dapat. Contohnya sekiranya blog anda berkenaan review VPN servis, kos per klik mungkin dalam lingkungan 1-3 USD . Manakala kata kunci yang tidak sengit pula mungkin bernilai hanya 0.01 USD sahaja. Persoalannya dimana nak cari kata kunci yang mahal. Mudah sahaja guna Google Keywood Tool (https://adwords.google.com/o/KeywordTool)

2. Perlukan trafik yang tinggi

Tanpa trafik , tiada bayaran! Betul tak? Tidak silap lagi untuk mendapatkan 100 USD sebulan trafik perlulah dipastikan antara 1000 -2000 unik sehari dari carian Google.

3. Tempatkan salah satu Ads pada bahagian atas blog

Tidak kira berapa banyak iklan yang anda letak pada blog pastikan salah satu darinya berada pada bahagian atas blog. Maksudnya ditempat dimana pengunjung tidak perlu skrol untuk melihatnya. Sebagai contoh pada bahagian header ataupun pada permulaan post.

Iklan yang load pertama kali biasanya akan lebih mahal jadi pastikan ia diletakkan keutamaan agar mendapat klik disitu.

4.  Jadikan Ads sebagai seorang ASKAR

Untuk mendapatkan kadar klik yang tinggi anda perlu pastikan seoalah-olah iklan menjadi sebahagian daripada blog, maksudnya setkan background, text  warna, dan font ads serupa dengan warna dan tema blog.

Ianya seperti seorang askar yang memakai pakaian yang berwarna seperti tempat mereka ingin bertempur, apabila berada dihutan warna pakaian hijau manakala dipadang pasir pula warna coklat. Jadi mereka akan sukar dikenalpasti sama ada alam sekitar ataupun manusia.

Sama juga seperti ads pastikan anda jadikan ia serasi dengan blog anda, tetapi jangan pula sorokkan ads itu akibat terlalu ingin membuat samaran.

5. Gunakan tema yang bersesuaian

sekiranya anda adalah seorang yang pakar dalam membuat perubahan tema ia mungkin tidak menjadi masalah apa sahaja tema yang digunakan kerana anda mampu untuk edit template tema. Namun tidak semua yang pakar, jadi pemilihan tema perlulah diutamakan. Dalam membuat pemilihan tema pastikan anda mencari yang mempunyai kadar CTR yang tinggi. Beberapa bulan yang lalu saya pernah mencuba satu tema yang sangat tinggi CTR, dalam sehari mendapat kira-kira 2-3 CTR. Walaubagaimanapun tema itu mempunyai beberapa kelemahan dari segi fungsi. Jadi saya drop buat sementara waktu untuk dinaik taraf.

Saya mungkin akan release ia percuma pada masa akan datang untuk anda cuba.

 

Rasanya cukup dahulu perkongsian saya kali ini, InsyaAllah saya akan teruskan berkongsi cerita Adsense ini.

Nak tahu kenapa saya masih gunakan iklan Nuffnang? Nantikan jawapan saya dalam post-post yang akan datang.

1 reply to this post

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA