Home Android Tip bagaimana untuk jimat bateri Samsung Galaxy S II

Seperti yang sedia maklum, penggunaan peranti pintar seperti Samsung Galaxy S II pastinya memerlukan sedikit kepakaran dalam pengurusan bateri kerana secara purata jangka tahan baterinya akan jatuh ke 5-10% dalam kurang daripada satu hari. Berikut merupakan tip biasa yang boleh diamalkan bagi penjimat bateri pada peranti mahupun pada peranti-peranti pintar yang lain.

Samsung_Galaxy_S2_review_02-420-90-300x225

1. Kurangkan kecerahan paparan skrin

Ramai yang tidak sedar, walaupun Galaxy S II dilengkapi dengan teknologi skrin Super AMOLED namun jika diperhatikan pada peratusan penggunaan bateri Skrin merupakan penyumbang yang paling tinggi penggunaan bateri.

Mengubah kecerahan skrin kepada minimum dapat menjimatkan bateri

Settings->Screen Display->Brightness

 

2. Matikan blueetooth dan GPS

Terdapat pengguna yang tidak sedar ataupun sengaja mengaktifkan bluetooth dan GPS sepanjang masa. Gunakannya apabila diperlukan sahaja. Mematikan GPS dan bluetooth pada masa yang tidak diperlukan ini mampu menjimatkan kuasa bateri peranti pintar ini.

 

3. Mengehadkan akses rangkaian

Menghidupkan rangkaian 3G dan WIFI sepanjang masa seperti tetapan lalai pastinya akan mengurangkan tempoh tahan bateri seharian malah mungkin terpaksa mengecas dua hingga tiga kali sehari. Matikan rangkain ini sekiranya tidak digunakan serta jika perlu matikan notifikasi seperti Facebook, Twitter dan e-mel kerana ia menghidupkan proses latar belakang yang menyemak internet secara kerap. Sebagai alternatif lakukan semakan notifikasi ini secara manual.

 

4. Tutup sepenuhnya aplikasi yang tidak digunakan

Sebagai peranti pelbagai guna yang dilangkapi dengan pemprosesan dwi-teras, Galaxy S II menyokong pembukaan aplikasi yang pelbagai dalam satu-satu masa. Tetapi ia juga meningkatkan penggunaan kuasa CPU. Justeru langkah penjimat dapat dilakukan dengan menutup aplikasi yang tidak diperlukan sepenuhnya.

 

5. Gunakan latar belakang skrin gelap

Penggunaan skrin pelbagai warna terutama putih perlu mengidupkan ketiga-tiga warna LED untuk menjana warna tersebut. penggunaan skrin yang gelap sahaja dapat mengurangkan kehilangan kuasa pada penjanaan imej ataupun warna selain dapat menambah jangka hayat LED.

 

6. Teknik pengecasan yang betul

Penyambungan bateri yang terlalu kerap pada pengecas untuk pastikan bateri sentiasa dalam keadaan penuh mendatangkan mudarat kepada ketahanan bateri, dalam jangka masa panjang merosakkan bateri. Teknik yang betul dalam pengecasan adalah dengan mengecas ketika bateri berada dalam keadaan saat-saat akhir.

 

7. Peka jika isyarat rangkain lemah

Peranti ini akan akan menggunakan kuasa bateri yang lebih banyak daripada biasa pada saat kekuatan isyarat rangkain lemah untuk meningkatkan penerimaan isyarat. Oleh itu, sentiasa peka dengan kekuatan isyarat dan beralih ke rangkain 2G jika isyarat sambungan 3G lemah.

 

8. Kurangkan widget pada peranti

Realitinya, widget juga dapat menyumbangkan penggunaan bateri yang tinggi sekiranya terlampau banyak dan penggunaan widget yang menggunakan sambungan data secara automatik mengikut jadual. Oleh itu, buang mana-mana widget yang dirasakan tidak perlu untuk memaksimumkan penggunaan bateri.

 

9. Gunakan ROM dan Kernel tersuai

Penggunaan ROM dan Kernel tersuai (custom ROM/Kernel) dapat mengoptimumkan bateri kerana ia membuang aplikasi gembung (bloatware) yang tersedia secara lalai pada peranti. Penggunaan Kernel tersuai pula dapat melakukan penentukuran pada frekuensi dan governor peranti. Penggunaan ROM dan Kernel tersuai dapat memecutkan secara maksimum hayat bateri peranti pintar seperti Galaxy S II ini. Walaubagaimanapun pemasangan kedua-dua  tersuai ini memerlukan kepakaran khusus dan akan disentuh melalui entri-entri yang akan datang.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA