Home Kesihatan Teknik pernafasan yang betul

Assalamualaikum serta salam sejahtera pembaca budiman. Hari ini saya ingin kongsikan teknik pernafasan yang betul dan sesuai untuk kita. Terutama bagi merka yang stress, mempunyai tekanan dsb.

Penafasan yang betul akan memberi manafaat yang amat banyak pada kita:

Antaranya:

1. Untuk kesihatan fizikal anda

2. Untuk kesihatan jantung anda dan paru-paru

3. Untuk ketenangan minda dan meningkat motivasi anda.

 

Bagaimana teknik penafasan itu di lakukan:

1. Luangkan masa sekejap lebih kurang 5 minit dalam bilik atau tempat yang tidak di ganggu

2. Duduk bersila

3. Tangan di atas lulut dan tenangkan diri anda, lupakan hal dunia dan ingat Allah telah cipta diri anda dan alam ini.

4. Pejam mata anda.

 

Cara penafasan :

1. Tarik nafas melalui hidung dengan perlahan-lahan, bagaikan anda tarik benang – dalam bil 10x kiraan atau 10 saat

(semasa tarik perut anda akan rasa penuh)

2. Tahan angin yang masuk – 10x kiraan

3. Hembus perlahan-lahan melalui mulut – kiraan 10x sambil perut anda mengempis

ULANG LANGKAH 1, 2 DAN 3 DI ATAS 5X sebagai permulaan. Setelah mahir ulang 10X langkah 1,2,3 di atas.

Lakukan 3 hingga 4 kali seminggu. Latihan begini akan menguatkan minda anda, motivasi dan kesihatan fizikal dan mental. Paling penting fikiran anda kena positif dan jangan latih diri anda fikiran negatif. Semasa latihan anggaplah diri anda ingin berjaya dalam hidup, pasrah dan aku dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Aku adalah hamba dan khalifah Allah. Positif itu penting

Selamat mencuba.

Ps. Jika anda baru lepas makan tunggu selepas 1 jam.

Anda akan merasa suatu getaran kecil atau anda akan merasa tenang, relax selepas anda berlatih dan mencuba beberapa kali.

Setengah orang kata ini adalah teknik meditasi atau menenangkan minda yang serabut, keluh kesah, risau, tension dan sebagainya. Kesahihannya, saya pun kurang pasti.

Selamat mencuba! :D

Similar articles
0 339

Leave a Reply

In an effort to prevent automatic filling, you should perform a task displayed below.