Home Android Smartphone (Android ICS) dengan harga mampu milik!

Hari ini saya ingin sampaikan berita gembira sekiranya anda mahu membeli smartphone dengan harga yang murah. Sony mempunyai produk hebat dengan harga berpatutan semurah RM888 sepanjang tempoh vendor itu berkecimpung dalam dunia telefon bimbit melalui Sony neo L.

Tidak dilupakan, buat kali pertama, Sony Xperia neo L mempamerkan antaramuka panel interaktif yang membolehkan penukaran ciri hebat dan ternyata ia dikategorikan `kool’ oleh penguji. Panel inilah yang menyerlahkan keunggulan neo L memberikan sentuhan peribadi kepada pengguna termasuk penguji.

Percaya atau tidak, dengan harga RM888 terbabit, anda mampu memiliki telefon berasaskan sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) yang sukar ditawarkan jenama lain di pasaran.

Xperia neo L dicipta dengan reka bentuk empat segi tepat disaluti bahan plastik premium memberi gaya kemas kepada pengguna. Dilengkapi skrin empat inci untuk memberi kepuasan kepada penguji untuk menonton video menerusi telefon pintar ini.

Di sebalik harga yang berpatutan, Xperia neo L masih mampu dilengkapi sistem bunyi Sony xLoud memberi tambah nilai kepada pengguna untuk berhibur namun pada masa yang sama turut memberi gaya profesional kepada pengguna.

Tidak dinafikan, penguji mula terpegun dengan `kejelitaan’ neo L dengan papan tidak bersaiz besar, cukup sekadar 4.8 inci (tinggi), 2.4 inci (lebar) dan 0.5 inci (tebal).

Saiznya yang kompak dengan asas pembinaan kukuh memberi kepercayaan kepada si pemakai agar tidak risau jika terjatuh (pelaburan anda boleh dikatakan terjamin).

Penguji berpeluang menguji peranti berwarna hitam dan mendapati skrin sesentuh bersaiz empat inci memaparkan lebih 16 juta warna dengan resolusi 854 x 480 piksel menyerlahkan kualiti imej serta teks. Sementara itu, panel dipaparkan di skrin utama membolehkan pengguna memilih `widget’ seperti jam, cuaca atau laman web tertentu.

Sony menawarkan pengalaman ergonomik apabila menggunakan papan kekunci maya disediakan dengan saiz yang selesa dan mudah apabila individu menaip khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melakukan kerja.

Satu lagi ciri yang beroperasi secara bersepadu dengan peranti ini ialah penetapan Android Ice Cream Sandwich 4.0 yang terbukti menjadi OS lancar digabung pula dengan pemprosesan empat teras 1GHz dan RAM sebesar 512MB.

Ia pantas memastikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsif tidak seperti kebanyakan telefon Android lain, neo L mampu beroperasi dengan mudah walaupun skrin anda sarat dengan foto seni.

Hayat bateri neo L yang dikuasai bateri untuk masa berbual tujuh jam 53 minit menyebabkan peranti penguji bertahan hingga satu hari setengah dengan penggunaan aktif menggunakan aplikasi seperti facebook dan twitter.

Ia benar-benar mengejutkan penguji, apatah lagi saiz skrin besar dengan beberapa ciri pelancar yang tidak mengakibatkan penurunan meter bateri dengan cepat.

ICS juga memastikan pengguna menikmati keupayaan hiburan mendalam dan pelayaran web pantas pada kejelasan skrin terbaik.

Aspek rekaan melengkung di bucu memang sesuai dan secocok di atas tapak tangan malah kalau anda seorang wanita, produk ini memang ‘cun’ untuk anda.

Kamera lima megapikselnya pula bukan tarikan utama, tetapi Sony memang terkenal dengan pembuatan kamera yang mantap dan terima kasih kepada OS Android 4.0 yang memperbaharui fungsi kamera dengan baik.

 

INFO PRODUK:

PRODUK: Sony Xperia neo L
HARGA: RM888 (percuma aksesori bernilai RM59)
PENGELUAR: Sony Mobile Communications

So, apa tunggu lagi! Mari beli. Hehe.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA