Home Android Senarai 8 Jenis Virus Android Paling Merbahaya

Pernahkah anda terfikir yang peranti Android anda sebenarnya terdedah pada jangkitan virus seperti mana risiko jangkitan pada komputer Windows dirumah? Tidak dinafikan ramai yang berpendapat telefon pintar tidak perlukan Anvirus malah saya snndiri kerap mendengar perkataan seperti “Perlu ke antivirus?”. Tetapi tahukah anda menurut kajian yang dilakukan oleh Lookout Mobile Security serangan virus terhadap telefon pintar berasaskan Android meningkat setiap hari, malah dijangka 1 daripada 3 telefon pintar terdedah pada serangan.

Android-Virus

Sebenarnya virus atau program jahat ini semakin hari semakin pintar dan serangannya pula dibina bermatlamat tidak seperti dahulu yang mana kebanyakan serangan adalah hobi ataupun suka-suka sehingga menyebabkan kerosakan pada sistem namun serangan pada hari ini lebih melibatkan pencurian data, ataupun diperalat untuk tujuan tidak baik oleh  si penulis virus.

Dari perspektif teknikal telefon Android tidaklah semudah PC Windows untuk dijangkiti virus memandangkan semua aplikasi yang dijalankan perlulah terlebih dahulu dipasang dan mendapat pengesahan pengguna untuk akses tertentu seperti membaca mesej, membuat panggilan dan sebagainya. Namun prinsip sistem operasi Android menerima semua aplikasi dari luaran pihak ketiga dan juga tiada tapisan untuk aplikasi yang dimuat naik ke Google Play membolehkan kod jahat dibenam pada aplikasi yang pada luarannya baik dan berfungsi seperti biasa.

Walaupun peningkatan jumlah virus pada platform Android ini berikut merupakan antara jenis yang paling bahaya.

1. Aplikasi perbankan palsu

Tujuan aplikasi ini mengutip maklumat perbankan pengguna. Pernah terjadi aplikasi jenis ini dimuat naik oleh individu dengan nama Droid09 ke Android Market.

2. Android.PjappsM

Virus ini dibenamkan dalam aplikasi “baik” dari Google Play yang diedar dilaman web luar untuk dimuat turun seperti aplikasi berbayar secara percuma. Fungsi kod jahat ini mencuri data dari mangsa kemudiannya menjadikan telefon sebagai botnet untuk menyerang peranti lain. Kod ini juga menghantar SMS berkos tinggi.

3. Android.Geinimi

Kod jahat ini menyerang Utara Amerika. Tujuannya lebih kepada menjadikan peranti mangsa sebagai botnet.

4. AndroidOS.FakePlayer

Virus ini mencuri informasi pengguna secara rahsia, ia menyamar sebagai aplikasi pemain mutimedia.

5. DroidDream (juga dikenali Android.Rootcager)

Virus ini berkeupayaan melakukan infeksi terhadap aplikasi pada Android Market.

6. Android.Bgserv

Virus ini menghapuskan saingannya DroidDream tetapi sifatnya terlalu merbahaya kerana ia mencuri IMEI dan nombor telefon dan memuat naik data curian ke server di China.

7. GGTracker

Kod jahat ini dipasang apabila pengguna diminta untuk memuat turun aplikasi penjimat bateri. Apabila dipasang, ia menghantar SMS berkos tinggi.

8. DroidKungFu

Virus ini dibenam melalui kemaskini aplikasi. Penulis virus ini mengedar aplikasi berguna pada Google Play atau Market. Apabila jumlah pengguna aplikasi cukup ramai ia mengedar kemaskini yang mengandungi kod virus ini.

Konklusi

Dalam banyak keadaan dapat dilihat antara faktor yang paling bahaya adalah sistem Google Play yang tiada tapisan dari pihak Google sebelum aplikasi dibenarkan dimuat turun oleh pengguna. Keadaan ini membuatkan pembangun yang baik dan  berniat jahat sukar dapat dikenalpasti. Biasanya selepas serangan merebak barulah ia dikenalpasti dan ditapis oleh pihak Google, walaubagaimanapun ia boleh dikira terlambat kerana penulis kod jahat tersebut sudah mempunyai masa yang cukup untuk mengekploitasi data yang dicuri.

Faktor lain seperti memuat turun aplikasi berbayar di Google Play pada laman web pihak ketiga secara percuma juga membuatkan telefon terdedah pada kod benaman yang ditanam pada aplikasi.

 

 

3 replies to this post
  1. Sy pernah guna beberapa app antivirus tapi memandangkan tak pernah detect virus sy pun dah buang.Lg pun rama yg ckp x perlu antivirus utk android.anyways tks gor sharing

    • mempraktis keselamatan tidak semestinya bergantung sepenuhnya pada antivirus, memandangkan pada Android kurangnya teknik pengesanan secara heuristic bagi mengesan virus-virus terbaru. Apa yang penting tau apa aplikasi yang dipasang. Sekiranya telefon yang digunakan anda adalah bertujuan untuk penggunaan biasa seperti perhubungan, pemain muzik, dan untuk melayari laman sosial mungkin isu tidaklah seberat sekiranya telefon pintar anda menyimpan nombor kad kredit, mengakses Paypal, aplikasi perbankan seperti Maybank2u/CIMBClicks kerana walaupun hanya sekali sahaja serangan ni mungkin berlaku dalam hidup anda tapi ia boleh mengakibatkan kerugian yang besar dan boleh jadi seumur hidup.

      Sediakanlah payung sebelum hujan.

  2. Haa…. sebenarnya ni lah keburukan install itu ini di pc atau android korang. Hacker akan reverse engineering software2 windows atau android yg popular dan dia bagi free download full version untuk korang tetapi awas!!! Dia “ada fungsi lain” iaitu untuk tangkap login akaun bank online korang dan dihantar trus ke email hacker. Di cyber cafe juga kita kena berhati hati manalah tau pc tu telah diinstall dengan “pc keystroke recorder”. Haiyaaa manyak susah ooo…..

Leave a Reply to Mahadir Ahmad Cancel reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA