Home Android Samsung Orb Untuk Galaxy S 4 ditunda ke kemaskini Android 5.0

Samsung mungkin membawa Samsung Orb untuk kemaskini Android 5.0 pada Samsung Galaxy S 4. Samsung Orb adalah ciri yang membolehkan gambar panorama dalam 360 darjah. Beberapa peranti Google Nexus telahpun menggunakan ciri ini bawah nama “Photosphere”.

Samsung Orb mempunyai ciri utama perkongsian mudah dengan sosial media seperti Twitter, Facebook dan Google+. Samsung Orb dikhabarkan akan hadir dalam pelancaran Galaxy S 4 sebelum ini tetapi ia dikatakan ditunda ke kemaskini akan datang. Walaubagaimanapun yang pasti Samsung telah mengumumkan Galaxy S 4 dengan kamera belakang 13 megapixel dan hadapan 2 megapixel dan juga telah menambah beberapa ciri yang unik. Antaranya adalah “dual-view” yang membolehkan kedua-dua kamera digunakan secara serentak seperti pada gambar dibawah.

Galaxy-s4-dual-view

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA