Home Umum Review saya pada Churp-Churp, kedekutkah mereka

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Rasanya saya terpaksa juga tulis post ini memandangkan rasa tidak puas hati terhadap cara pembahagian wang oleh churp-churp. Sebenarnya persoalan saya betulkah churp2 jujur dalam pembahagian wang kepada para churper? Saya mula meraguinya sejak beberapa minggu share iklan churp2, tapi kali ini keraguan saya menjadi lebih ketara apabila bukti dah ada depan mata.

churp-churp scam

 

Kisahnya macam ini, bulan lepas saya share iklan churp yang bertajuk “Is one gadget truly enough?” (HTCC) dan pada link iklan yang saya share itu saya track menggunakan goolge url shortener (goo.gl). Alhamdulillah jumlah keseluruhan klik pada iklan tersebut mencecah 700 lebih tetapi malangnya apabila kempen HTCC tu telah tamat keputusan jumlah pendapatan yang saya dapat hanya RM0.20 sahaja.

churp-churp scam

Kecewa saya rasa dengan jumlah ini. Mustahil dengan 700 lebih klik hanya 1 sahaja unique klik, betul tak? Untuk membuktikan adakah cara iklan ini mungkin boleh jana klik yang tidak sah ke atau yang setara dengannya saya cuba pula share iklan dari says.my (buat pertama kalinya) alangkah terkejutnya dengan sistem yang dimiliki oleh says.my . Semua laporan klik saya adalah realtime maksudnya saya boleh lihat  jumlah klik pada iklan tersebut pada bila-bila masa serta ganjaran yang saya perolehi. Dari situ saya dapati daripada 115 klik saya mendapat 50 unique klik bermakna lebih kurang separuh daripada jumlah keseluruhan klik adalah unique seterusnya membuktikan mustahil dari 700 lebih klik hanya satu sahaja unique klik yang dapat dilihat oleh churp-churp.

churp-churp scam

(Walaupun pertama kali share iklan pada says.my saya telah mendapat RM6.40)

Selain itu, saya juga hairan kenapa churp-churp tidak menyediakan laporan jumlah klik secara realtime. Saya juga curiga apa niat mereka letakkan nilai antara RM0.20-0.40 per klik, bukankah senang kalau letak RM0.20 sahaja, tak perlu nak sorok-sorok konon boleh dapat RM0.40 sedangkan memang setiap unique klik memang RM0.20 saja. Mungkin mereka cuba membolot semua duit itu, 99% untuk churp-churp ambil manakala 1% lagi si churper. Bayangkanlah 700 klik baru RM0.20, kalau nak dapatkan RM100 agak-agak berapa la.

Saya menulis post ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan pihak churp-churp tetapi sekadar meluahkan rasa tak puas hati saya, sebab saya lihat kalau macam ni bukan kes kedekut lagi ni tapi lebih kepada tak jujur ataupun scam.

Sekiranya pihak churp-churp betul-betul jujur dalam pengagihan wang kepada churper saya cabar mereka untuk letak realtime click report, bukan susah pun nak upgrade sistem untuk realtime ni. Programmer freshie pun boleh lakukan, kalau says.my boleh kenapa churp-churp tak boleh.

P/S: Saranan saya bagi yang ingin berjinak-jinak dengan churp-churp, lupakan saja niat anda, lebih baik anda mendaftar di says.my.  Sistem mereka 100 kali lebih baik dari churp-churp.

::: Seterusnya saya akan cuba lakukan experiment pada nuffnang pula, nantikan hasil experiment ini, (nuffnang juga tidak menyediakan realtime click):::

4 replies to this post
  1. Same problem, I have 400+ clicks based on google analytics, on a single campaign and they gave me RM0.40 only for the campaign! WTH?? I stop using it for now, says.my have maximum clicks, not much earning though.

  2. btol tu..saya pun rasa mcm ade penipuan churp2 nie..bygkan saya buat ngan website lain bleh jangkau RM20 per day. tp churp2 hanya RM4 sehari…

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA