Home Umum Rahsia Peteranswers.com

Fuhh.. terkejut besar bila kawan anda menunjukkan Peter  mampu menjawab semua soalan anda. Mereka akan kata yang Peter ni mahir dalam psikiatrik dia akan membaca fikiran kita.  Adakah anda percaya perkara macam ni? Sedang anda terkejut tentang dakwaan ini pastinya rakan anda itu ketawa besar kerana telah berjaya mengenakan anda. Malahan sebelum ni saya lihat ada orang yang takut nak buka laman web peter ni kerana dikatakan berhantu..hahaha.. Sebenarnya ada rahsia disebalik jawapan yang diberikan itu. Cuba anda fikir kenapa Peter tidak akan menjawab pertanyaan anda?.

rahsia peteranswer 3

Peter akan memberi jawapan dolak dalik sekiranya anda tanya soalan sebabnya ia tidak tahu jawapan tersebut.  Rahsia sebenar jawapan tersebut adalah kawan anda telah memasukkan jawapan terlebih dahulu pada ruangan Petition.

Cara untuk memasukkan jawapan mudah sahaja.

rahsia peteranswer

Hanya perlukan 5 Langkah sahaja untuk lakukannya.

Sebelum itu, anda perlu ke laman web peteranswer.com. http://www.peteranswers.com/ . Anda mungkin tidak faham kalau hanya membaca sahaja.

Sebagai contoh: saya Ingin bertanya nama saya. Jadi saya masukkan Mahadir Ahmad pada bahagian Petition. Untuk masukkan jawapan tersebut saya akan mulakan dengan ‘.’ (dot). Huruf P akan muncul apabila anda tekan titik. Seterusnya saya taip Mahadir Ahmad. Walaubagaimanapun selepas taip Mahadir Ahmad petition masih belum penuh kerana ia berhenti pada ‘Peter, Please ‘ saja. Untuk tamatkan petition saya perlu tekan titik sehingga petition menjadi penuh.

Helah ini akan berjaya sekiranya anda tidak membuat kesilapan ejaan dan rakan anda tidak lihat pada keyboard semasa anda menaip kerana dia akan sedar anda  tidak taip apa yang terpapar di skrin. Walaubagaimanapun 99% akan lihat pada skrin kerana buat apa lihat pada keyboard :) .

Pastikan sebelum anda mengenakan rakan, anda telah mencuba dahulu kerana pada kali pertama tanya satu agreement seperti gambar dibawah akan keluar. Anda perlu tekan ‘I Accept’

rahsia peteranswer 1

Berikut merupakan jawapan yang diberi oleh peter sekiranya anda telah masukkan jawapan pada bahagian Petition.

rahsia peteranswer 2

1 reply to this post

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA