Home Research And Development WHMCS Registrar module untuk pengurusan DNS domain .my

Masalah:

  1. Setiap domain Malaysia iaitu yang mempunyai  kod domain peringkat kedua (2TLD) .my dan juga kod domain peringkat ketiga (3TLD) .com.my/.net.my/.org.my/.edu.my/.gov.my/.name.my yang berdaftar pada mana-mana registrar tidak memperolehi pengurusan Domain Name System (DNS).
  2. Domain yang didaftarkan tidak termasuk khidmat Email Forwarder seperti mana-mana servis domain lain yang diberi secara percuma perkhidmatan ini.

Berpandukan masalah diatas, Mahadir Lab telah mengeluarkan produk untuk mengatasi kedua-dua jenis masalah tersebut dan juga penambahan satu sistem “1 Click Point to Blogger”.

Pengurusan DNS merupakan satu  perkara yang sangat penting pada mana-mana domain yang dibeli kerana aktif atau pasifnya keadaan domain itu bergantung kepada pengurusan ini. Justeru module yang dinamakan sebagai Mahadir Mynic Domain DNS ini meliputi pengurusan DNS, Email forwarder dan juga sistem 1 click point to Blogger.

mahadir_mynic1

Module ini menggunakan cPanel/WHM API dalam proses pengurusan tersebut.  Untuk kajian lanjutnya fungsi seperti pengurusan NameServer akan cuba dimasukkan sekali untuk memudahkan pengguna mengubah NameServer melalui client area pada WHMCS.

Berikut merupakan gambar pengurusan yang boleh dibuat melalui Admin Area.

mahadir_mynic2

Gambar seterusnya pula merupakan addons yang dapat digunakan oleh client.

mahadir_mynic3

Fungsi 1 Click Point to Blogger membolehkan pengguna memasukkan data yang diarahkan oleh blogger.com dan dengan hanya satu klik mudah semua setting DNS yang lainnya akan dikemaskini secara automatik.

mahadir_mynic4

 

Sekiranya anda pendaftar domain .my dan berminat untuk mendapatkan module registrar ini boleh hubungi saya.

 

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA