Home SEO Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Melakukan SEO

Assalamualaikum saya ucapkan pada semua.

Masuk hari ini sudah masuk hari ke 11 Ramadhan bermakna sudah lebih dari 11 hari saya tidak update blog ini. Jumlah visitor pun saya dapati sudah mula menurun… :) .  Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga luangkan juga masa saya untuk membuat sedikit perkongsian ilmu dengan anda. Topik yang saya hendak sentuh hari ini adalah berkenaan Teknik ataupun amalan yang perlu anda elakkan semasa melakukan kempen SEO.

Baiklah sebelum saya teruskan, saya ada ingin mengumumkan tentang satu perkara, InsyaAllah dalam masa yang terdekat ini saya akan keluarkan ebook panduan Membina Backlink yang akan diberikan secara PERCUMA.  Ebook ini akan membincangkan tentang kaedah yang berkesan dan perkara yang perlu dielakkan semasa anda membina backlink  dan yang paling penting adalah ia merupakan hasil analisis, experimen dan kajian yang dilakukan oleh saya sendiri. Hasilnya alhamdulillah dalam masa kurang dari 2 bulan beberapa page dalam blog ini telah berjaya memperolehi Google PageRank 3 . Oleh itu, disebabkan ia adalah percuma, jadi kemungkinan besar saya akan hadkan jumlah orang untuk memuatturunnya, jadi bagi sesiapa yang ingin dapatkan panduan ini pastikan anda tidak terlewat untuk dapatkannya.

Mahadirlab Pagerank

 

Okay rasanya itu sahaja pengumuman ingin saya lakukan, dan seterusnya mari sama-sama lihat apakah perkara yang perlu dielakkan semasa anda menjalankan kempen SEO. Sebenarnya tip ini saya perolehi daripada langganan email berbahasa Inggeris dan saya rasa patut untuk turut kongsi ilmu ini.

Terlalu bertangguh

Ini merupakan antara kesilapan besar sekiranya ia berlaku pada anda, ramai yang bertangguh untuk melakukan SEO dengan alasan laman web mereka masih baru. Sebenarnya tiada masalah bagi laman web yang baru untuk terlibat dalam SEO. Saya sendiri telah mencubanya pada hari pertama saya membuka blog dengan domain baru ini saya telah mula melakukan “onpage optimization” dan apabila saya telah letakkan lebih dari 10 post pada blog ini saya hantarkan link pada Google dan beberapa enjin carian yang lain. Proses SEO blog ini telah dimulakan sejak hari pertama ia dibuka dan alhamdulillah dalam tempoh kurang 1 bulan jumlah visitor pada blog ini majoriti datang dari enjin carian.

Memilih keyword yang mempunyai saingan yang tinggi

Untuk mendapat keyword (kata kunci) yang mempunyai saingan yang tinggi pada laman web anda, ia memerlukan usaha yang sangat keras dan tuah sebenarnya. Sebagai contoh anda ingin mendapat tempat pertama pada SERP bagi keyword “SEO” iaitu kira-kira 740,000,000 keputusan yang dikeluarkan oleh Google sudah pastinya amat susah untuk anda mendapat tempat pertama daripada jutaan keputusan tersebut. Sekiranya anda nekad untuk mendapatkannya juga, anda akan dapati jumlah masa yang mungkin anda perlukan sangat lama kerana ia melibatkan proses membina Backlink dalam jumlah yang sangat tinggi. Jadi adalah lebih mudah bagi anda untuk mulakan kempen SEO anda dengan keyword yang lebih kurang saingan.

Mengabaikan keyword yang panjang

Semakin panjang keyword yang anda gunakan semakin kurang saingan yang anda akan alami, sebagai contoh pada keyword ” SEO” tadi anda tambahkan “perkhidmatan seo di malaysia” jadi jumlah keputusan menurun kepada 110,000,000 . Jumlah keputusan telah menurun walaupun ia masih dianggap tinggi dari segi saingan.

Menulis Kandungan laman web/blog  yang berkualiti rendah

Apabila sebut tentang mutu kandungan laman web ataupun blog perkara pertama yang anda perlu ambil perhatian adalah  kualiti pada kandungan blog terutamanya perlu diambil berat kerana ia adalah kunci utama bagi SEO.  Kandungan yang berkualiti rendah ini biasanya disebabkan oleh  kandungan “duplicate”  kerana ia disalin dari laman web yang lain. Jadi pastikan anda tidak memasukkan artikel yang telah di index pada Google pada kandungan web anda.

Pertukaran Backlink (reciprocal link)

Pertukaran link merupakan antara amalan yang digunakan untuk mendapatkan link bagi kedua-dua belah pihak (situasi win-win), Walaubagaimanapun khabar angin kebelakangan ini mungkin kesan update pada algoritma Google (Google Panda) pertukaran link ini sudah tidak dikira dari segi faktor ranking. Jadi terdapat beberapa kaedah lain yang mula diperkenalkan seperti 3 way backlink dan sebagainya. Walaubagaimanapun saya amat cadangkan untuk anda membina backlink ini secara lebih semulajadi iaitu backlink anda diletakkan kerana sesuatu yang bernilai (diterangkan dalam ebook Panduan Membina Backlink). Dan disebabkan itulah Google akan mengabaikan backlink yang bersifat reciprocal ini kerana pertukaran tidak dilakukan akibat daripada sesuatu yang bernilai.

Tidak bersabar

Kesan yang dihasilkan melalui SEO biasanya akan memakan masa berminggu-minggu ataupun berbulan-bulan untuk dapatkan hasil yang memuaskan ia bukanlah sesuatu yang anda akan dapat dalam sekelip mata. Jadi anda perlu bersabar untuk terus menerus melakukan optimasi tersebut.

 

Saya rasa cukuplah dahulu setakat  6 tip yang dikongsikan, InsyaAllah dari semasa ke semasa saya cuba pergi lebih detail tentang tip diatas serta tip-tip lain yang saya sendiri gunakan pada blog saya.

1 reply to this post

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA