Home Umum Pengalaman kereta Myvi Overheat di Lebuh Raya

Sebelum saya teruskan cerita, saya ingin berterus terang dahulu la yang saya bukan lah arif berkenaan kereta ni. Pengalaman ni saya kongsikan agar boleh dirujuk dikemudian hari. Peristiwa kereta Myvi saya breakdown di lebuh raya utara-selatan (menuju ke Kuala Lumpur) terjadi semasa saya pulang dari Perak selepas cuti 4 hari pada 24 April 2016. Pada mulanya saya perasan penghawa dingin tiba-tiba kurang sejuk dan terdapat bunyi seoalah kipas tersangkut pada bumber. Memandangkan saya tidak pernah berhenti di lorong kecemasan dan sebenarnya agak bimbang untuk berhenti memandangkan waktu yang senja dan agak gelap selepas hujan. Pada masa itu, saya fikir untuk teruskan dan berhenti di RNR  Rawang yang kira-kira 15KM sahaja jaraknya. Dalam 1KM sahaja saya perasan meter suhu sudah berada pada hampir merah, saya terpakasa juga bergerak ke lorong kecemasan dan malang sekali kereta berhenti sendiri tepat saya masuk ke lorong kecemasan. Orang kata, kalau enjin kereta berhenti semasa berlaku overheating itu petanda tidak baik, betul la tu.

Saya keluar dari kereta dan buka bumper kereta, terpaksa guna flash dari telefon untuk suluh enjin dan air semua. Saya telefon jugak famili saya untuk minta pendapat, maklumlah saya bukan pandai sangat bab kereta ni. Jadi saya cuba tunggu untuk enjin sejuk dahulu untuk hidupkan semula enjin. Nasib keadaan selepas hujan jadi agak sejuk walaupun agak gelap.

my-myvi-breakdown

 

Selepas hampir setengah jam kira-kira 8.30 kereta peronda PLUS berhenti, selepas saya beritahu masalah, diorang isi air dan cuba jump start. Masih tak boleh juga hidupkan enjin. Akhirnya mereka bagi saya isi borang untuk perkhidmatan workshop yang diberi nama WOW (Workshop On Wheels).

PLUS wow

Ketika saya menunggu untuk dapat panggilan dari workshop yang berdekatan, saya cuba hidupkan enjin, boleh pula. Alhamdulillah. Dalam pada masa yang sama saya terima panggilan dari Mun Thong Car Service Bukit Beruntung, namanya Ah Tong. Selepas saya cerita masalah dan bincang semua dia suruh saya keluar di Bukit Beruntung kira 2-3KM sahaja lagi. Saya pandu tapi saya perasan suhu masih lagi naik, akhirnya saya berhenti semula di lorong kecemasan betul-betul sebelum exit Bukit Beruntung. Saya hubungi semula Ah Tong dan saya kata saya perlukan Towing memang tak boleh gerak dah.

Akhiranya Myvi saya terpaksa di Towing ke workshop kira-kira 9KM dari jarak saya berhenti. Kos Towing RM100 + RM4 (saya tak pasti RM4 untuk apa, mungkin tol tapi tak masuk dalam resit).

towing-myvi towing-mvi-2 towing myvi-towing-receipt

Selepas sampai ke workshop Ah Tong jump start dan rev sedikit dia kata mungkin masalah gasket dan dia beri anggaran RM600-RM700. Tapi  kalau engine head bengkok katanya mahal lagi RM800 atau lebih. Jadi saya pun setuju la memandangkan takda pilihan lain, kalau towing ke Bangi (kawasan saya tinggal) katanya kos RM400. Jadi saya hubungi kawan untuk ambil, ketika ni jam sudah 11 malam, KTM pun sudah takda ke KL sebab hari Ahad. Jarak dari Bukit Beruntung ke Bangi kira-kira 86KM, kalau ambil Grab pun lebih kurang RM150. Jadi saya minta tolong kawan, cuma bayar minyak dan Tol.

Keesokannya Isnin petang saya hubungi semula Ah Tong sebab katanya akan hantar invois apa yang dia akan servis tapi saya masih tak terima, katanya engine head bengkok kena trim. Sejam kemudian Isteri Ah Tong hantar invois melalui Whatsapp. Jumlah kos semua RM1571. Saya hantar invois ni ke famili dan mekanik PERODUA katanya mahal. Saya hubungi Ah Tong balik untuk negotiate dapat lah pengurangan RM71 jadi RM1500.

 

WhatsApp-Image-20160425

Hari Isnin seminggu kemudian Ah Tong hubungi saya katanya ada masalah dengan timing chain apa ntah dan kena ganti jadi katanya ada tambahan RM185, saya pun ok sahaja lah memandangkan dah seminggu tinggal kereta dekat workshop jauh pulak tu takut juga apa-apa jadi.

Keesokan harinya petang sudah siap, saya pergi ambil, saya naik KTM dari UKM (6.50 ptg) ke Rawang (8.35 mlm). dengan kos RM8.60. Memandangkan jarak yang saya kira lebih dari 90KM (dari rumah ke station UKM 7KM, dan dari UKM ke workshop 86KM) saya niat jamak takhir masa dalam tren. Seterusnya saya guna perkhidmatan Grab, malangnya hanya seorang sahaja pemandu Grab kat sini dan pemandu tu tiba-tiba cancel (saya report selepas tu sebab memilih, dan pemandu kena suspended). Jadi pilihan yang ada cuba Budget Taxi melalui perkhidmatan Grab juga. Ini merupakan kali pertama saya naik teksi guna meter, jumlah kos dari KTM Rawang ke worskop melalui meter ni cuma RM25 + RM2 (caj booking). Saya sembang dengan pak cik pemandu teksi baik orangnya, katanya kalau tak guna meter biasanya akan kena RM35.

Tiba di workshop saya pun cuba la kereta dan dah puas tengok semua, saya masuk ke ofis untuk buat bayaran, saya perasan ada dua caj tambahan Coolant Radiator dan radiator cap. Dan RM185 tambahan tu Engine Mounting saya tak pasti apa kaitannya dengan timing chain. Saya pun dah penat masa ni malas nak argue jadi bayar sahaja jumlah semua RM1740, nasib baik saya bawa duit lebih fuhh.

 

myvi-top-overhaul

Saya pun tak pasti harga ni mahal atau tidak sebab tak jumpa orang yang pernah share kos top overhaul ni, jadi itu lah saya ambil keputusan untuk share dan harap yang baca post ini dan pernah mengalaminya dapat share sekali.

1 reply to this post
  1. Mahal sangat tu… Serious better tow pegi bangi je… Biasanya bengkel jenis macam ni dia akan tukar without consult and end up bayar lebih

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA