Home Kesihatan Pengalaman Kena chicken Pox Dan Cara Ubatnya

chickenpoxMasuk hari ini sudah dua bulan berlalu semasa aku mengalami serangan chicken pox. Memang mengerikan seluruh badan ditumbuhi oleh bintik-bintik yang berair. Nasib baik chicken pox ini penyakit yang hanya akan dirasai sekali seumur hidup. Kalau boleh berjangkit banyak kali memang aku tidak sanggup hendak menghadapi serangannya lagi.

Ini merupakan pengalaman ku ketika diserangi oleh penyakit chicken pox. Mungkin simptom yang dialami oleh setiap  individu sedikit berbeza bergantung kepada tahap ketahanan sistem imun badan. Chicken pox ini adalah sejenis penyakit berjangkit oleh itu mustahil untuk dapat penyakitini kecuali anda berjangkit melalui seseorang. Bagi kes aku, penyakit ini berjangkit daripada kakak . Rasa marah juga, dia sebenarnya sudah bekerja tapi bila kena chicken pox dia balik ke rumah mak dan waktu itu aku baru habis peperiksaan SPM. Jadi waktu itu memang tengah gembira sangat, sesiapa yang merasai perasaan telah tamat SPM pasti tahu keadaan tapi seperti biasa ia hanya sementara. Baiklah,  mungkin sudah tersurat dalam takdir, aku tidak perasaan pun apa jenis penyakit yang kakak ku hidapi yang dimaklumkan oleh mak , kakak ku kena penyakit kulit. Lagi pun masa itu aku tidak mengetahui apakah penyakit chicken pox, walaupun kawan sekelas ku pernah menghidapinya. hahaha.. perkara ini memang biasa bagi aku “Sudah terhantuk baru terngadah” , biasanya aku kurang ambil perhatian dalam isu kesihatan.

Pada hari pertama “biji chicken pox”  mula tumbuh.. oh.. mungkin lebih sesuai guna istilah biji berbanding bintik kerana memang macam biji berair yang boleh dipecahkan.. ngerikan..  Pada hari pertama aku perasan biji yang pertama tumbuh pada badan ku, pada ketika itu waktu pagi aku ingat benda biasa. Pada waktu kira-kira hampir tengah hari biji chicken pox itu cukup selesa kalau dipecah. Memang aku pecahkan pun. Bila dipecahkan aku rasa seperti sakit kepala. Tapi sakit itu hanya sebentar sahaja. Jadi tanpa pedulikan apa-apa isu  kesihatan aku tidak pedulikannya. Keadaan mula menjadi agak serius apabila setelah selesai solat Zohor badan aku rasa seperti hendak demam. Aku bercadang untuk pergi ke klinik pada waktu petang tapi malang sekali tidur yang aku harapkan akan memberi sedikit kelegaan kepada diriku membuai lena hingga mencecah waktu asar. Terlepas peluangku untuk pergi ke klinik hari ini. Macam mana aku tidak tahu aku terlupa untuk pesan pada mak agar mengejutkan aku untuk ke klinik. Apa yang pasti biji itu bertambah banyak dibadanku, dan kepala ku betul-betul rasa sakit ditambah pula demam yang bertambah serius. Tidur ku sebentar tadi tidak memberikan ku sedikit pun rasa kelegaan. Pada malamnya hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya sakit di kepala ku. Satu pekara yang aku dapat tahu sepanjang seminggu penyakit ini menyerang  adalah kepala akan menjadi sakit apabila biji chicken pox itu ingin tumbuh dibadan, semakin banyak ia tumbuh semakin parah sakit kepala yang dialami dan kesakitan ini merangsang badan untuk demam. Tidak ku sangka demam diwaktu kegembiraan ku namun kesyukuran dipanjatkan ke Illahi kerana tidak berlaku sewaktu diri ku berjuang dalam medan peperiksaan SPM  ataupun semasa hari-hari persediaan kerana ku yakin ia akan meruntuhkan semangat yang dibentuk selama satu tahun.. syukur..

Hari-hari yang mendatang sangat memeritkan, keesokannya klinik ditutup memandangkan Perdana menteri mengumumkan cuti umum kerana Malaysia menang dalam permainan bola sepak menentang Indonesia. Waktu ini aku menolak tawaran mak untuk membawa ke klinik swasta, aku tidak pasti klinik swasta dibuka ataupun tidak hari itu. Aku gagahkan diriku untuk ke solat Jumaat pada hari itu  dan berdoa agar disegerakan kan sembuh terhadap penyakit ini. Apabila waktu bergerak menghampiri malam keadaan ku semakin kritikal,  mak menasihatkan aku menonton Al-Kuliah petang itu kerana tajuk nya berkaitan perubatan penyakit berkaitan makhluk halus. Aku menontonnya dalam keadaan yang amat tidak keruan, sakit di kepala betul-betul membuatkan diriku menjadi kurang sedar terhadap keadaan sekeliling. Mak sebenarnya agak bimbang memandangkan biji chicken pox yang tumbuh dibadanku sangat luar biasa ia betul-betul berganda dengan sangat banyak berbanding jumlah yang tumbuh pada kakak. Pada hari itu biji chicken pox hanya tumbuh sekitar kawasan perut hingga ke leher serta dikawasan belakang badan. jumlahnya aku sendiri pun gerun hendak melihatnya apa yang pasti aku memang alah melihat biji-biji macam chicken pox, mungkin itu adalah punca yang membawa sistem badan ku menjadi lemah untuk menentang virus chicken daripada terus berganda dalam tubuh ku. Pada waktu malam, kira-kira setelah Maghrib, badan berasa agak segar dan macam beransur sihat. Malam itu aku menonton movie, menyebabkan aku menangguhkan solat Isyak sehingga hampir ke jam 12 baru movie habis. Masa itu penyesalan yang teramat sangat akibat tangguh solat, rupanya demam dan sakit kepala ku datang semula dengan arus yang lebih dahsyat. Badan ku terasa amat sejuk dan kepala ku rasa seperti hendak pecah manakala mata menjadi agak kabur. Perit betul untuk menunaikan solat pada masa itu.

Pada keesokan harinya mak tekad untuk membawaku ke klinik swasta namun malang sekali apabila menghubungi beberapa klinik swasta berhampiran tiada satu pun yang dibuka termasuk farmasi kesihatan. Aku agak bertuah kerana kakak meninggalkan losyen calamine yang digunakan bagi melegakan simptom gatal apabila terkena chicken pox. Jadi aku gunakan untuk menghilangkan rasa gatal pada bahagian yang ditumbuhi biji chicken pox. Mak juga telah menasihatkan agar aku pantang terhadap beberapa jenis makanan iaitu makanan yang digoreng,telur, dan ayam.  Menurut Mak kalau makan makanan berminyak gelembung pada biji chicken pox akan bertambah serius.  Pada hari itu, aku hanya makan ikan bakar tapi seperti demam biasa aku tidak lalu pun hendak makan. Pada waktu macam ini aku berharap biji chicken pox tidak akan tumbuh dimuka ku. Kelakar bukan, tapi kalau ia tumbuh pada muka habislah muka aku jadi hodoh bak kata orang “jatuh saham karang”.. haha..  Alhamdulillah, biji chicken pox itu hanya tumbuh pada bahagian dahi sedikit di hidung , dagu dan 2 biji kat pipi tapi aku sangat pasti ada berpuluh-puluh ataupun lebih dikepalaku. Waktu ini rambutku agak panjang maklumlah sudah tamat sekolah malas hendak potong rambut. Jadi nya aku sangat tidak selesa dengan keadaan ini ditambah pula rambut ini macam membuatkan kepala jadi panas sahaja diwaktu demam. Pada hari itu, mood aku turun pada tahap yang sangat dahsyat. Aku tidak ada mood langsung untuk ke laptop ku untuk  online yang memang jadi diari hidup ku hingga ke hari ini hendak tengok tv pun tidak ada mood apa lagi untuk menontonnya. Walaupun aku mengambil ikut jadual paracetamol (ubat demam) yang aku ambil daripada ubat kakak ku yang ditinggalkan dirumah namun tidak langsung membantu aku merasa lega. Hampir sepanjang hari aku habiskan masa ku berbaring di katil menyebabkan aku sukar hendak tidur di waktu malam. Apa yang pasti, biji-biji itu aktif tumbuh pada waktu malam. Oh ya.. aku hendak kongsi sedikit, waktu ini aku ada amalkan doa demam campak mungkin dapat membantu, doa ini dipetik daripada buku “ikhtiar penyembuhan penyakit” oleh Dato’ Dr. Haron Din. Bacaan doa melibatkan kombinasi surah Al-Fatihah, Selawat Syifa’, dan surah Al-Hasyr ayat 21-24. Bagi yang memiliki buku ini boleh rujuk muka surat 52. Satu lagi perkara yang saya hendak beritahu bagi yang terkena penyakit ini tidak perlulah bimbang pada bahagian muka kerana mengikut pengalaman saya tiada parut langsung pada bahagian muka. Tapi sedaya upaya jangan menggaru pada biji chicken pox yang di muka, sapukan krim calamine, berpantang makan, jangan kenakan pada air hujan (ini orang tua-tua kata untuk elak jadi parut), dan yang pasti berdoa lah. Selain itu penggunaan daun mambu juga boleh elakkan rasa gatal  (orang tua-tua kata campak ini alah dengan daun mambu) .

Kehidupan ku diteruskan hinggalah ke hari Isnin, hari ini aku berpeluang untuk ke klink, walaubagaimanapun apa yang diberi oleh pegawai perubatan sama sahaja seperti apa yang aku ambil sewaktu sebelum ke klinik tapi aku ada meminta ubat selesema dan antibiotik kerana tekak terasa sakit. Aku ada mengajukan beberapa soalan pada pegawai perubatan seperti wujudkah ubat spesifik untuk mengubat penyakit ini dan adakah wujud pelalian untuk chicken pox. Menurut beliau, chicken pox merupakan penyakit yang memerlukan kesembuhan secara semulajadi ini bermakna tidak wujud serum khas bagi mengubatinya melalui injeksi. Selain itu, pelalian tiruan juga tidak wujud, menurut beliau sistem imun badan akan dibentuk sewaktu serangan chicken pox yang memberi ketahanan sepanjang hayat. Walaubagaimanapun menurut kajian aku selanjutnya setalah sihat Pelalian untuk chicken pox wujud. Ia memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chikenpox. Apa pun yang lebih baik adalah  “mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati” dan sekiranya aku diberi pilihan untuk dapat imun semulajadi ataupun pelalian aku akan memilih pelalian biarlah kena injection daripada menangguh simptom yang dahsyat ini. Apa pun suratan takdir tidak harus dipertikaikan, Setiap sesuatu itu berlaku pasti ada hikmah disebaliknya dan yang pasti Allah tidak akan memberi sesuatu kesusahan melainkan hambanya mampu menanggungnya.

Similar articles
0 1630

6 replies to this post
  1. serious, aku tension tak boleh tidur malam tadi. Gatal giler… Baru tidur setengah jam dah terbangun, kepala sakit, panas, memang serabut lah. argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!111

  2. salam..time aku kene cacar haduh..punya la men sakit..aku ngan adik aku dua-dua kena time tu..mak punya lah risau…nak baring pun susah sebab benanah2 kat belakang..lepas tu bau plak tu..yg aku tak suka cacar tu p serang muka aku..penuh satu muka…macam muka yg di penuhi bisul..sekarang ni pun bekas kat muka tu still ada..lubang2..hmmmm..ada sesape tau tak ubat yg buleh hilangkan bekas cacar ni?

  3. anak2 saya tengah diserang chicken pox. kesian sungguh…tapi tak tahu nak buat apa. hanya sapu losyen cam awak pakai tu la. azab tengok anak2.

  4. salam…sakit & amt gtl sekali..hahaha
    jangkitan dr pesakit..Alhamdulillah sakit rahmat..
    imunisasi utk knk2 12 bulan MMR (mumps,measles,rubella)..6 bln measlas (serawak shj)…xda utk chicken pox…tp jika seseorg tu blm pernah dpt chicken pox sampai umur dewasa..ada imunisasi yg blh ambil..tp kat swasta la..gov xde..

  5. salam. anak saya dah 5 ari kena chicken pox ni. cian tgk dia. kalau meragam tu xyah nak cite la. sabar je la melayan dia. macam petua la saya search. semakin pulih nampaknya.

  6. Haha. Saya baru habis spm 2 hari yg lepas. dan harini hari ke3 saya kena chicken pox. sangat bersyukur sebab kene masa last paper. Alhamdulillah. so skrg counting daysss utk baik sbb belum rasa happy walaupun dah tamat spm.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA