Home Android Panduan upgrade Samsung Galaxy s2 I9100G ke Jelly Bean 4.1.2

Setelah lama menanti untuk Samsung galaxy s2 variant I9100G menerima “official upgrade” ke android 4.1 Jelly Bean akhirnya Samsung telah keluarkan upgrade ni untuk region Perancis. Disebabkan upgrade ni adalah untuk firmware Perancis bermakna sekiranya S2 anda adalah firmware dari Malaysia dan bukan Perancis anda tidak akan dapat lihat upgrade ini pada kies ataupun pada setting telefon.

Sekiranya anda berminat untuk root versi JB boleh rujuk artikel ini: Cara Root Samsung Galaxy S2 I9100G Jelly Bean

jelly_bean

Anda boleh tengok screenshot kat sini, saya upload kat album.  Android 4.1.2 Jelly Bean Samsung Galaxy S2 I9100G

Bezanya sekiranya anda upgrade menggunakan firmware dari Perancis ini Bahasa Melayu adalah tidak termasuk dalam senarai bahasa pilihan. Jadi sekiranya telefon anda sekarang ni menggunakan tetapan Bahasa Melayu sebagai tetapan bahasa saya cadangkan untuk anda tunggu official upgrade untuk Malaysia. Bahasa Inggeris (USA dan UK) ada seperti biasa.

Semua proses dibawah telah dilakukan oleh saya sendiri  tanpa sebarang masalah, walaubagaimanapun, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya sebarang perkara tidak diingini berlaku apabila anda uprade menggunakan tutorial ini akibat kecuaian anda mahupun sekiranya anda telah berhati-hati mengikutinya  :) <– ini disclaimer je abaikan sekiranya anda seorang flasher tegar

Untuk meneruskan uprgade ini seperti biasa apa yang perlu anda lakukan adalah seperti kaedah rooting, anda tidak perlu untuk unroot telefon anda untuk meneruskan.

Pastikan

* Tahap bateri cukup iaitu melebihi 60% sebaik-baiknya

* Perisian KIES telah terpasang (seeloknya versi terbaru)

*Driver terpasang dengan baik ataupun anda akan mengalami masalah sangkut pada “Setup Connection” semasa update dijalankan

PERHATIAN: Saya amat galakkan untuk anda lakukan Wipe factory data sebelum upgrade ni. Lihat kat bawah untuk FAQ.

Upgrade ini akan memasang Android 4.1.2 GXXLSR (samsung official)  dari Perancis. Proses upgrade ini tidak berbahaya seperti rooting walaupun menggunakan Odin kerana ia tidak akan void warranty anda tetapi saya cadangkan untuk melakukan backup terlebih dahulu sekiranya perkara tidak diingini berlaku. Selain itu, sekiranya telefon anda rooted selepas upgrade  ini ia akan hilang.

Baiklah seterusnya anda perlukan file dibawah:

1. Download: I9100GXXLSR_I9100GXEFLSR_XEF.zip

2. Odin Downloader (tidak perlu download sekiranya anda sudah ada)

dan Odin v1.85.zip anda akan jumpa file I9100GXXLSR_I9100GXXLSP_I9100GXEFLSR_HOME.tar.md5

Matikan telefon anda dan masuk ke Download mode menggunakan kombinasi tiga button (Volume down + Home + power) ataupun boleh menggunakan USB jig (cara mudah) ataupun boleh melalui ktool (sekiranya telefon anda rooted)

Setelah masuk ke download mode, sambungkan USB ,

ID:COM akan bertukar kuning, kemudian pilih file update tadi melalui button PDA

Pastikan hanya tandakan pada Auto Reboot dan F. Reset time

Rujuk gambar dibawah:

Setelah selesai, tekan button Start. Proses upgrade ini memakan masa lebih kurang 2-5 minit sahaja dan akan memaparkan gambar seperti dibawah setelah selesai flash menggunakan Odin.

Proses update diteruskan setelah telefon anda dihidupkan (restart) secara automatik selama lebih kurang 2 minit untuk menggantikan appikasi yang lama. (Anda hanya perlu tunggu dan lihat).

Setelah selesai anda akan dipaparkan dengan  skrin dibawah untuk set Bahasa dan ikut langkah seterusnya.

 

FAQ

 

1. Selepas upgrade telefon loading terlalui lama?

– Kemungkinan aplikasi dari versi android anda yang sebelum ini tidak serasi. Matikan telefon, tekan button POWER+HOME+VOLUME UP , S2 anda akan masuk ke recovery mode. Pilih option wipe factory data. Proses ini akan reset semua data anda.

2. Odin sangkut semasa flash.

– Kemungkinan driver s2 anda tidak terpasang dengan baik pada telefon. Cuba pasang semula kies dan restart komputer.

3. S2 mati semasa upgrade. Keluar gambar telefon->komputer

– Ulang semula proses upgade.

13 replies to this post
  1. kalau saya update jb ni straight dr gingerbread bole ke? ataupun kene update kepada ics 1st kmudian baru bole update ke jb ni?

  2. salam
    sy try flash s2 sy td.. tp mcm ada kesilapan.. sy terlupa nak mark USB debugging… and sy gak buat silap pilihan, sy nak try foxhound 2.4 which is fit into s3… bila nak reboot, ia ambil masa terlalu lama… aduuhhh cemana nak buat yer.. sy try reboot to recovery tp x masuk.. try masuk download mode Odin.. bila connect ke pc.. odin x detect phone.. ada solution x?

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA