Home Android Panduan Root Dan Custom Kernel Samsung Galaxy S2 I9100G 4.1.2 JB

Root dan custom kernel merupakan salah perkara menarik bagi peminat android yang “hardcore” kerana pada pendapat saya amatlah rugi membeli telefon yang mahal tetapi tidak mendapat kebebasan penuh menggunakannya.

Artikel ini akan menerangkan cara untuk root dan memasang custom kernel sekaligus. Sila ambil perhatian, saya telah mencuba sepenuhnya apa yang diterangkan disini pada Samsung Galaxy S2 I9100G (Saya tulis bukan atas teori semata-mata) namun saya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berlaku terhadap telefon atas sebab kecuaian  menggunakan panduan ini ataupun atas sebab-sebab lain.

Root dan memasang custom kernel akan void warranty telefon, teruskan atas risiko anda.

s2

Untuk mendapatkan root terdapat beberapa cara, root ini adalah memasang sejenis binary yang dipanggil sebagai Super User (SU). Dalam sistem operasi linux ia merupakan akses penuh terhadap sistem manakala dalam Windows ia dipanggil sebagai administrator.

Cara yang saya akan gunakan ini adalah melalui memasukkan custom kernel, sebab kebiasaanya kernel yang dibina secara custom ini akan dimasukkan sekali dengan binary SU ni. Berikut merupakan kelebihan lain yang ada pada kernel yang dipanggil Blazing Kernel dan dibina oleh salah seorang dari ahli  xda-developers.com.

– Compiled using Samsung SEA_JB Opensource update
– 2 versions of recovery available (different zImage): TWRP and CWM!
Init.d scripts support (Place scripts in /system/etc/init.d or /data/etc/init.d)
– 3 versions of CWM recovery available (different zImage): CWM5, CWM6 and CWM5 Touch! (v4 onwards only supports CWM6)
– Default scheduler is cfq
– Default governor is interactive
– MMC_CAP_ERASE already disabled by Samsung -> no more brick bug
Supports CIFS
USB fast charge (use an app called “Fast Charge” to toggle)
Custom voltage settings (use “Voltage Control” to set)
Custom bootanimation (just place bootanimtion.zip in /system/media; to restore original bootanimation, just delete the bootanimtion.zip in /system/media)
Custom boot sound (just place PowerOn.ogg in /system/media; to mute, create an empty file named “mute” in /system/media; to unmute, create an empty file named “unmute” in /system/media ; to restore original boot sound, create an empty file named “ori_sound” in /system/media
Frandom support!
Tweaked interactive governor to unleash its full power!
More RAM (original=769 MB, Blazing Kernel=771MB)

Atas sebab untuk memudahkan proses flashing kernel ini terutama sekiranya anda berada dalam stock recovery saya telah sediakan 2 files.

1. Blazing_Kernel_v6_odin_flashable_by_mahadirlab.com.zip

2. Blazing_Kernel_v6_CWM6_MOD.zip  Link broken: Link baru: http://www.mediafire.com/?c7rr8gi39553cq2

Download kedua-dua file diatas.  File 1 boleh dipasang menggunakan odin manakala file 2 boleh dipasang melalui recovery. Saya sediakan file 1 sebab developer kernel ni sudah tidak menyediakan odin flashable untuk versi 6. Walaubagaimanapun untuk dapatkan fungsi kernel sepenuhnya seperti pada senarai diatas perlukan file 2.

Setelah selesai download, extract file 1, akan ada dua file, Blazing_Kernel_v6_odin_flashable_by_mahadirlab.com.tar dan Odin3 v1.83.exe

Seperti biasa, matikan telefon, masuk ke download mode menggunakan USB Jig ataupun melalui kombinasi button POWER+HOME+VOLUME DOWN.

Plug USB ke telefon, jalan file Odin3 v1.83.exe. Tunggu sehingga ID:COM menjadi kuning, pada PDA pilih file Blazing_Kernel_v6_odin_flashable_by_mahadirlab.com.tar dan tekan button start. Lihat gambar dibawah untuk setting.

Setelah selesai warna kuning pada ID:COM akan bertukar pada hijau dan akan reboot secara auto.

̶S̶a̶m̶s̶u̶n̶g̶ ̶S̶2̶ ̶a̶n̶d̶a̶ ̶t̶e̶l̶a̶h̶ ̶p̶u̶n̶ ̶m̶e̶n̶d̶a̶p̶a̶t̶ ̶a̶k̶s̶e̶s̶ ̶r̶o̶o̶t̶.̶ Untuk mendapatkan fungsi sepenuhnya pada kernel masukkan file 2 kedalam SDCARD,  matikan telefon sekali lagi. Kali masuk ke recovery mode dengan kombinasi button POWER+HOME+ VOLUME UP.

////////////////////

[update]

Saya tak perasaan kernel ni tak support SU, jadi untuk langkah seterusnya untuk dapatkan root download file

SU-BB-Installer.zip

 

Masukkan file dalam sdcard dan flash file ni setelah anda flash Blazing_Kernel_v6_CWM6_MOD.zip pada arahan dibawah.

////////////////////

Gunakan button VOLUME untuk select dan button POWER untuk pilih (enter).

Pilih menu  “install zip from sdcard” -> “Choose zip from sdcard”/”Choose zip from internal sdcard” pilih file Blazing_Kernel_v6_CWM6_MOD.zip kemudian pilih YES.

Setelah pemasangan selesai,  pilih +++++ Go Back +++++ dan pilih “Reboot system now”.

 

5 replies to this post
  1. Sy dh msuk firmware dr sammobile..pastu dh root…dh msuk kan kernel blazing…skrg sy nak masuk kn neatrom..dh install je..lepas install ada masalah…mse dlm boot balik…cwm recovery sy jdk asal..rom yg sy gne jdk gila…su pun x bole..apa masalahnye ye..

Leave a Reply to adib Cancel reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA