Home Maklumat para pelajar Panduan menyemak dan membayar PTPTN secara online

Kini pelbagai kemudahan sudah disediakan oleh PTPTN untuk membuat pembayaran balik wang pinjaman pelajaran, cuma nak ataupun taknak bayar sahaja lagi tinggal. Alasan seperti tak sempat pergi bank untuk membuat pembayaran adalah tidak boleh dipakai lagi dengan adanya kaedah pembayaran online. Malah ada sesetengah pihak yang memberi 1001 alasan seperti takut terbayar lebih kepada pihak PTPTN juga tidak boleh dipakai kerana menyemak baki pinjaman adalah percuma sahaja secara online.

Semakan adalah boleh dilakukan pada laman web Semakan PTPTN E-FES , semakan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dengan syarat perlu memiliki NOMBOR KAD PENGENALAN dan juga NO PIN.

ptptn login

Isikan no PIN pada input box No Pinjaman.

Berikut merupakan hasil penyata baki pinjaman setelah berjaya login.

 

ptpn2

Sekiranya baki pinjaman PTPTN telah menjadi kosong button “bayar” akan menjadi warna grey seperti diatas dan tidak boleh lagi ditekan. Keputusan diatas menunjukkan yang En. Saiful (bukan nama sebenar, nama dan alamat telah ditukar untuk melindungi privacy) telah terlbih bayar sebanyak RM672.71 . Wang terlebih ini boleh dituntut kembali ke akaun pelajar dengan membuat surat rasmi ke PTPTN ataupun datang sahaja ke pejabat PTPTN yang terdekat. Tiada sebarang masalah sekiranya anda terbayar lebih, wang anda akan dikembalikan semula dengan menuntutnya.

Anda juga boleh melihat penyata dari awal pembayaran dengan menekat button “lihat terperinci” pada bahagian dibawah sekali.

 

 

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA