Home Tutorial Hosting Panduan Mengubah Nameserver untuk Malaysia Domain Names (MYNIC)

Proses untuk mengubah nameserver untuk Malaysia Domain Names iaitu domain name yang berakhir dengan pengenalan .my (DOT MY) memerlukan sedikit kerja tambahan berbanding proses mengubah domain names yang lain.

Untuk mengubah nameserver hanya individu dibawah “Technical Contact Code” sahaja boleh lakukan. Walaubagaimanapun kebiasaannya “Technical Contact Code” ini adalah reseller sah MYNIC kerana untuk memudahkan mereka mengubah mengikut kehendak client.

Tetapi sekiranya anda ingin mengubah nameserver tanpa melalui reseller tetap boleh dilakukan iaitu perlu mengubah terlebih dahulu “Technical Contact Code” kepada contact code anda.

Caranya dapatkan dulu contact code anda melalui WHOIS. (http://www.mynic.my/en/whois.php) . Saya akan gunakan contoh salah satu domain saya iaitu ebayar.com.my

Salin nilai pada “Administrative Contact Code” seperti yang saya highlight pada rajah dibawah.

 

Seterusnya login ke Domain Management System di https://web.domainregistry.my/Mynic-ViewController-context-root/faces/PB/UserLogin.jsp. Username dan Password biasanya diterima selepas domain berjaya didaftarkan,s ekiranya terlupa username boleh reset melalui Forget: Username/Password.

Setelah login berjaya masukkan code contact code yang telah anda salin sebelum ni.

Seterusnya klik pada menu “Domain Name” dan pilih “Modify Domain”.

Lakukan carian domain anda. Rujuk langkah dirajah bawah mengikut urutan nombor

Tick pada “Appoint a New Technical Contact” dan pillih “Existing Contact”. Klik modify.

Lakukan sekali lagi carian domain seperti langkah sebelum ni, tanda “tick hijau” akan muncul pada Technical seperti rajah dibawah.

Apabila masuk ke paparan Modify anda akan dapati terdapat fungsi untuk “Modify Name Servers”. Pililh fungsi ni.

 

Anda boleh mengubah ataupun menambah nameserver/IP pada domain melalui pilhan “Modify Name Server IP” ataupun “Add/Remove/Change Name Server”

1 reply to this post

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA