Home Software dan Komputer Panduan memasang server pada local komputer Windows (XAMPP)

Seorang developer mahupun pelajar yang mempelajari tentang aplikasi web pasti memerlukan server pengujian. Oleh itu, server local mestilah pilihan yang paling tepat dalam fasa pembalajaran dan juga fasa pertama pembinaan aplikasi web sebelum diuji ke server sebenar. Fungsi mesra pembangunan yang ada pada local server pastinya sangat membantu terutama dalam proses debugging kerana pada kebiasaanya pada local server banyak limitasi yang dibuka disebabkan ia ditutup akses kepada umum dan tidak terdedah kepada serangan penggodam.

XAMPP

Secara personal saya pernah menggunakan server local dari XAMPP dan juga WAMP tetapi saya lebih gemar untuk menggunakan XAMPP mungkin ini akibat lebih lama dengan XAMPP berbanding dengan WAMP justeru saya nak kongsi cara pasang XAMPP sajalah disini, sebab hakikatnya kedua-dua jenis local server yang saya sebut menyediakan fungsi yang sama sahaja.

Berikut merupakan pakej yang termasuk dalam installasi XAMPP versi 1.8.1

Apache 2.4.3
MySQL 5.5.27
PHP 5.4.7
phpMyAdmin 3.5.2.2
FileZilla FTP Server 0.9.41
Tomcat 7.0.30 (with mod_proxy_ajp as connector)
Strawberry Perl 5.16.1.1 Portable
XAMPP Control Panel 3.1.0

Dengan pakej ini anda boleh membangunkan aplikasi web dari bahasa PHP dan juga JAVA.

Baiklah seterusnya untuk memasang XAMPP yang saya cadangkan adalah menggunakan installer download kat sini (saiz  97.39MB).

1. Setelah selesai download, jalankan installer. Pilih lokasi pemasangan, pastikan TIADA JARAK PADA LOKASI. Contoh mudah pasang sahaja pada lokasi C:\xampp. Tekan “NEXT>”  pada window seterusnya guna sahaja setting default iaitu “create XAMPP desktop icon” dan “Create an Apache Friends Xampp folder in start menu” dan klik button install.

Proses pemasangan akan mengambil masa beberapa minit, bergantung pada kelajuan cpu komputer.

2. Setelah selesai proses pemasangan klik icon XAMPP pada desktop, control panel macam kat gambar dibawah akan muncul. Anda boleh klik pada button start untuk hidupkan mana-mana module yang diinginkan.

Lokasi file untuk akses adalah pada folder

C:\xampp\htdocs (sekiranya anda pasang pasa lokasi C:\xampp)

Anda boleh akses menggunakan alamat http://localhost

Untuk MySQL setting default untuk credential:

user: Root

server: Localhost

Password:

xampp-control-panel

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA