Home Android Panduan Memasang ROM CMIUI dengan tema iPhone (iOS) 5 pada I9100G

Kehadiran versi MIUI pada Samsung Galaxy S2 I9100G pastinya membawa banyak kegembiraan terutama pada mereka minat dalam mengubah tema pada telefon dan juga tak kurang pada mereka yang  suka bereksperimen dengan custom ROM.

Sebelum itu, apa itu custom ROM?Sekiranya anda pernah pergi  xda-developers anda pastinya pernah dengar istilah ni. ROM ni asalnya dari singkatan Read Only Memory digunakan untuk istilah firmware ataupun sistem operasi untuk telefon anda. Custom ROM pula bermaksud firmware yang dihasilkan  oleh komuniti atau persendirian yang bukan datang secara rasmi dari pengeluar telefon. Firmware rasmi dari pengeluar pula biasanya digelar dengan stock ROM. Istilah “flash” pula biasa disebut yang membawa maksud lebih kurang memasukkan binary ataupun lebih mudah faham “install”. Flashing custom ROM adalah melanggar syarat sah warranty kerana memasukkan binari yang tidak dikeluarkan oleh pengeluar telefon justeru sebelum melakukan sebarang proses flash custom ROM pastikan anda jelas bahawa warranty telefon akan void.

ROM CMIUI ini adalah ROM ported dari MIUI Nexus S dan juga dari CyanogenMod 10 (CM 10). Dihasilkan oleh  ICS_XD yang merupakan salah seorang ahli Xda-developers.

Untuk memasang CMIUI ini anda perlukan:

1. cMIUI_2.10.19.zip

2. CWM Recovery  (Rooted phone biasanya ada CWM ni, sekiranya anda dari Gingerbread atau ICS rujuk tutorial saya yang sebelum ni untuk root)

Perhatian: Pastikan anda backup keseluruhan data anda sebelum lakukan proses flashing CMIUI ni, selain itu digalakkan untuk lakukan WIPE DATA/FACTORY RESET untuk mengelak ketidakserasian terutama sekiranya firmware dari Gingerbread.

Setelah selesai download file CMIUI_2.10.19.zip pindahkan ke dalam sdcard telefon. Matikan telefon dan masuk ke mode CWM recovery melalui kombinasi button.

POWER + HOME + VOLUME UP

Melalui menu pada CWM Recovery pilih  “install zip from sdcard ” pilih file CMIUI_2.10.19.zip dan pilih YES.

Proses pemasangan akan dilakukan secara GUI, ikut arahan pemasangan yang keluar.

Setelah selesai reboot telefon ia akan mengambil agak lama untuk reboot kali pertama selepas flash sesuatu ROM. Sekiranya dalam masa 15 minit masih dalam keadaan booting, kemungkinan ia mengalami boot loop. Matikan telefon dengan menekan button power, sekiranya berlaku kali kedua ulang masuk ke CWM recovery dan pilih WIPE DATA/FACTORY RESET, kemudian reboot.

Seterusnya setelah selesai anda boleh lah memasang tema yang diingini, Boleh lihat senarai tema dekat sini MIUI THEME.

Saya akan tunjukkan pemasangan tema IPHONE  (iOS) 5 sahaja kat sini.

Download iOS_5_MIUI_V4_Droidviews.mtz.

Tempatkan file tadi dalam folder /sdcard/MIUI/theme.

Kemudian pada home screen cari icon app nama theme, pilih theme dan apply theme ni.

Screenshot penuh boleh lihat kat sini.

Screenshot:

miui1

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA