Home Software dan Komputer Panduan memasang Oracle SQL Express 11g Pada Windows 7 x64

Syukur dan lega rasanya apabila berjaya juga pasang Oracle SQL (disebut see-quel) pada laptop saya yang menjalankan sistem operasi Windows 7 x64 bit. Masa nak download versi Express 11g ditulis kat situ hanya untuk x32 tapi nampaknya masih boleh dipasang pada sistem 64 bit dan setelah saya cuba sambungan ke database tiada sebarang masalah yang berlaku. Sekiranya anda menggunakan Windows 8 saya tak pasti  boleh atau tidak, tetapi kalau ada yang dah cuba dan berjaya boleh maklumkan pada saya untuk update kat sini.

Saya tulis post ini untuk kongsi cara pemasangan dan file untuk terus download (walaupun sepatutnya salah) .

Untuk itu anda perlu memuat turun file dibawah.

Download Oracle (satu set)

Bila dah selesai download, extract file zip tu dan anda akan jumpa folder “Oracle” dalam folder tu ada file seperti dibawah

  1. jdk-7u45-windows-x64.exe
  2. jre-7u45-windows-x64.exe
  3. OracleXE112_Win32.zip
  4. sqldeveloper64-3.2.20.09.87-no-jre.zip

Saya susun kat atas ikut urutan pemasangan, file nombor 1 adalah installer untuk Java Development Kit manakala file nombor 2 adalah Java Runtime Envirenmont sekiranya PC atau Laptop anda belum dipasang dengan kedua-dua java ni atau kurang pasti install dahulu sebelum pergi ke langkah seterusnya.

Seterusnya extract pula file nombor 3, masuk ke folder “DISK1” dan run file “Setup.exe“. Boleh lihat gambar dibawah mengikut urutan nombor untuk pemasangan, Cuma perlu tekan next sahaja. Boleh skip gambar jika perlu.

1.

2.

3.

4. Masukkan  password untuk SYS, sila ingat password sebab nanti akan digunakan untuk membuat sambungan ke database.

5. Klik sahaja install.

Sekiranya muncul error seperti

The installer is unable to instantiate the file


The file does not appear to exist.

Klik sahaja OK dan abaikan sahaja error tu.

  1. Tunggu beberapa minit bergantung pada kelajuan CPU dan pemasangan yang selesai akan memaparkan seperti gambar dibawah, klik “Finish”.

Langkah seterusnya extract pula file nombor 4, anda akan jumpa folder nama “sqldeveloper” masuk ke folder ni dan run file sqldeveloper.exe

Bila keluar GUI seperti dibawah masukkan lokasi java, sepatutnya kalau anda tidak buat sebarang perubahan ia ada pada C:\Program Files\Java\jdk1.7.0_45\bin\java.exe

Abaikan warning yang keluar.

Tunggu sehingga loading Window SQL Developer muncul, dan bina “connection” yang baru.

Buat tetapan mengikut urutan pada gambar dibawah. Password adalah sama seperti yang anda tetapkan semasa pemasangan sebelum ni.

Setelah tekan button “connect” anda berada dalam SYSTEM database, boleh bina new user pada “Other users”.

1 reply to this post

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA