Panduan lepasi Sekatan Laman Web Melalui DNS
Sebelum ini saya ada tulis satu panduan untuk lepasi sekatan laman web melalui kaedah proxy, walaupun proxy membuatkan anda anonymous semasa di internet namun ia mempunyai kelemahan keranan kelajuan download atau upload anda akan berkurang akibat perlukan server proxy sebagai pengantara.
Jadi saya ingin tunjukkan pula cara untuk lepasi sekatan laman web ini dengan mengubah DNS. Caranya mudah sahaja. Untuk Windows XP dan 7 sahaja.
- Pergi ke Control Panel (melalui start menu)
- Pilih Internet And Network Connection
- Seterusnya pilih Network Connections
- Pilih connection anda (connected). Contohnya kalau anda gunakan Broadband pilih Local Area Connection.
- Setelah satu window keluar, tekan button properties.
- Satu lagi window akan keluar (properties window). Pada tab general, scroll down ke bawah dan cari Internet Protocol (TCP/IP). Klik pada bahagian itu dan tekan button Properties.
- Sekali lagi satu window properties akan keluar. Pada tab general juga pilih “use the following DNS server addresses”
- Isikan maklumat seperti berikut
- Preferred DNS server : 8.8.8.8
- Alternate DNS server: 8.8.4.4
Selain menggunakan server DNS diatas iaitu google punya server anda juga boleh gunakan server di bawah sebagai alternatif.
Dnsadvantage
156.154.70.1
156.154.71.1
OpenDNS
208.67.222.222
208.67.220.220
Norton
198.153.192.1
198.153.194.1
ScrubIt
67.138.54.100
207.225.209.66
salam abg mahadirz….saya ingin bertanya..jika kita tidak menukar kembali kepada DNS yg asal sebelum shutdown komputer ,adekah ia akan beri kesan kepada internet ataupun bil pembayarankee …danlain-lain? minta tolong jawab soalan saya
Setahu saya tidak memberi sebarang kesan apa-apa…
Guna ultrasulf dan tukar dns server pun tak boleh juga.. macam mana nak lepasi firewall bluecoat..
salam
lengkap sekali tutorial ni
saya masuk ke blog ni dari google
salam.. cmne nak masuk file yang kerajaan blok baru2 ni? nak masuk filestube.com cmne? bleh x gne cara ni?
tak blh sbb nk bkak properties kne masuk user n passwed adminn.huhu
Kalau macam tu gunakan laman web proxy.. http://hidemyass.com/
bagaimana caranya untuk membuka sekatan oleh institusi pegajian.. saya telah mencuba kaedah dns tapi setiap kali saya buka 4shared tetap ‘capaian dihalang’.. tolong bantu saya..
cuba guna melalui proxy.
TQSM !!! berjaya : )
Thanks Yoo ;D
tq naa..dah boleh tukar .. ^_^ sangat berguna..
salam,, saya jumpa Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4).
dan Internet Protocol version (TCP/IPv6). jadik nak tukar yang mane yer? kalau tukar ni mesti boleh bukak mediafire kan? thanks kalau sudi bagi respon =)
Pilih connection yang aktif boleh guna command prompt untuk tahu taip ipconfig). mediafire memang tak disekat oleh SKMM mungkin pihak lain yang membuat sekatan tu agaknya (contoh pihak university).
mcm mane klu pihak syarikat yg block internet ni sume? pas2 klu sy tukar dns server 2 ada kemungkinan x sistem yg digunakan syarikat xblh bukak?
cuma komputer yang diubah je akan dapat effect penukaran DNS tu.
bro.office aku kena ada username n password bru dpt on9.ada cara nk bypass tnpa perlu guna username n password tak?
rasanya memang tak ada.
mcm na saya nk tgk drama online kalau drama tu x kuar.. cth sy buka laman drama korea bolh buka tapi cerita x load pn.. kt ofice sy blh serve internet cuma ada sesetengah website disekat mcm na ye.. sy mggunakan aplikasi ubuntu..
Mungkin video tersebut perlukan plugin tertentu seperti java atau flash cuba update kedua-dua versi flash dan java anda
kalu guna internet syarikat xde bg ape2 kesan kat staff lain ke?
ada tak cara nak buka website porno yg di sekat melalui ip/proxy/DNS dri celcom..
(sporting la skit bro)
Sorry bro, ni bukan sporting atau tak, mengajar benda dosa2 ni just menambah saham saya untuk masuk neraka. Maaflah, saya taknak jadi orang yang rugi dikemudian hari, biar rugi sementara dari rugi yg permanent.
alhamdulillah….saya salute you bro…..mmg hebat jawapan bro tue….