Home Programming PHP Panduan Asas Pengaturcaraan PHP

Panduan Asas PHP

Siapa yang sedang baca entri ini tapi tidak tahu apa itu PHP? Baiklah sekiranya anda tidak tahu apa itu PHP bermakna anda perlu baca Panduan Asas  PHP ini. Dalam siri tutorial ini saya akan tunjukkan semua perkara asas yang diperlukan untuk anda menulis program menggunakan bahasa PHP.

Oh ya, mungkin anda tertanya-tanya apa kegunaan PHP ni. PHP sebenarnya antara bahasa scripting yang bagi saya sangat unik dan mudah dipelajari. Sekiranya anda belajar dan memahami setiap siri tutorial yang dikeluarkan saya yakin anda akan mampu untuk membuat program seperti di bawah:

  • Sistem login
  • Sistem Simpanan maklumat
  • Program redirect
  • Program muat naik fail
  • MEMBUAT PLUGIN WORDPRESS

Selain itu, banyak lagi yang mampu anda lakukan seperti mendapatkan IP address pelawat anda.

Seperti teknik yang saya lakukan ini, IP address anda adalah betul tak.

Baiklah, selamat membaca. ;)

Apakah itu PHP…?

PHP merupakan singkatan daripada ‘Hypertext Preprocessor‘. PHP merupakan server side script bersumber terbuka (open source).

Adakah belajar PHP sangat susah…?

Tentu sekali tidak. PHP merupakan bahasa yang sangat mudah dipelajari malahan anda akan rasakan dalam masa tidak sampai sejam anda akan mampu menulis dalam bahasa ini.

Baiklah untuk tujuan belajar anda perlukan server untuk menjalankan arahan PHP. Sekiranya anda masih tidak memiliki server anda sendiri anda boleh muat turun XAMPP untuk digunakan sebagai local server. Selepas muat turun terus sahaja install dan buka ‘Xampp control panel application’. Klik pada button ‘start’ Apache.

Mari kita uji program PHP yang pertama. Seperti tradisi yang telah dilakukan oleh ramai pengaturcara. Menulis program “Hello World”.

Contoh 1-0. Skrip PHP yang pertama: Hello.php

Script PHP pertama saya

Sekiranya anda tidak memiliki PHP editor salin script di atas dan paste pada notepad save as “Hello.php” pada folder ..\xampp\htdocs\. Jangan gunakan Microsoft word untuk lakukannya. Setelah itu,buka Internet browser anda (Internet Explorer,Mozilla Firefox, Google Chrome etc) dan taipkan “http://localhost/Hello.php” . Anda akan dapat output seperti ini pada browser anda.

Panduan Asas PHP

Baiklah saya akan terangkan maksud skrip di atas.

Ia merupakan format file HTML. Anda perlu letakkan tag ini untuk pastikan file anda sah sebagai HTML file.

Script PHP pertama saya

Ia memberi tajuk pada title bar pada window browser anda.Manakala pula untuk permulaan kandungan HTML.

Hello World

‘; ?>

Baiklah yang ini barulah arahan PHP. Yang sebelum tadi merupakan arahan HTML. Pastikan setiap arahan PHP perlu berada dalam kurungan ‘‘ . Arahan ‘echo’ pula digunakan untuk menghasilkan output arahan. Sebagai contoh:

echo ‘

tulisan ini akan berwarna biru

‘ ;

Arahan di atas akan menghasilkan output “tulisan ini akan berwarna biru” pada browser anda. Dengan kata lain echo digunakan untuk menghasilkan output html pada browser. Untuk menghasilkan baris baru (newline) pada program PHP anda pula hanya perlu letakkan ‘\n’. Contohnya

echo “Ini beris pertama \n Ini baris kedua”;

Akhir sekali pastikan anda meletakkan tanda ‘;’ pada akhir setiap arahan. Ia bertujuan memberi tahu bahawa arahan tersebut sudah berakhir seperti pada bahasa C++.

Digunakan untuk menutup file HTML anda.

 

 

Untuk latihan:

 

1. Tuliskan satu script yang mencetak perkataan seperti di bawah:

Baris ini telah di bold kan

Baris ini telah digariskan

2. Tuliskan satu script yang mencetak imej sebagai ouput.

3. Tuliskan satu script yang mencetak form seperti di bawah.

This is text line:

2 replies to this post

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA