Nuffnang vs Adsense
Assalamualaikum,
Dalam awal tahun 2012, Google nampaknya telah meletakkan sokongan iklan Adsense mereka pada blog berbahasa Melayu. Justeru nampaknya mulalah wujud persoalan manakah yang lebih baik Google Adsense atau pun Nuffnang.
Sebagai orang yang meletakkan kedua-dua jenis iklan ini sejak hampir setahun lamanya, saya rasa terpanggil untuk menulis review. :) .
Kelebihan yang ada pada Nuffnang
Sebenarnya tidak banyak kelebihan yang ada pada Nuffnang ini memandangkan mereka syarikat pengiklanan yang mementingkan keuntungan yang lebih pada mereka berbanding kepada ‘publisher’.
1. Kelebihan mereka adalah anda boleh memohon menjadi penyiar iklan tanpa melalui proses tapisan.
2. Selain itu, bantuan teknikal boleh dipohon dengan menggunakan Bahasa Melayu.
3. Boleh iklankan entri blog terbaru anda pada aplikasi innit mereka.
Kelemahan Nuffnang
1. Menghalang untuk menyiarkan iklan dari syarikat asia tenggara yang lain dengan memperkenalkan keahlian gliterati.
2. Jumlah iklan tidak banyak.
3. Sekiranya tiada iklan yang muncul, akan memaparkan banner dan backlink mereka “Saya menyiarkan iklan Nuffnang” .
4. Tiada monitor kempen iklan secara live. Melambatkan proses cashout kerana nilai CTR dan pendapatan hanya disiarkan setelah kempen iklan tamat. ( terdapat kemungkinan untuk mereka beri bonus kepada syarikat pengiklanan untuk menyiarkan iklan lebih lama seperti yang berlaku pada Churp-churp )
5. Kaedah monitor kempen dan CTR tidak effektif.
6. Hanya menawarkan iklan jenis flash.
Kelebihan yang ada pada Google Adsense
Adsense merupakan syarikat pengiklanan yang lebih lama dan dari syarikat yang unggul iaitu tidak asing lagi Google, justeru tidak hairanlah mutu perkhidmatan mereka adalah sangat memuaskan. Malah dalam kalangan syarikat pengiklanan bertaraf antarabangsa yang lain Adsense berada pada tempat pertama. Berikut merupakan kelebihan-kelebihan sekiranya anda menggunakan Google Adsense.
1. Bayaran wang dalam US Dollar.
2. Jenis iklan lebih fleksibel. Anda boleh pilih untuk menyiarkan iklan bentuk banner ataupun text ataupun kedua-dua sekali.
3. Saiz iklan fleksibel.
4. Menyediakan monitor untuk CTR , jumlah page views, custom channel, estimated earning, dan banyak lagi malah boleh diintegrasikan bersama Goolge Analytic untuk mengesan dengan lebih dalam kempen mana yang membawa pendapatan maksimum.
5. Tidak memaparkan sebarang backlink sekiranya tiada iklan yang disiarkan malah anda boleh pilih untuk memaparkan iklan lain ataupun tinggalkan kosong.
6. 78 % daripada bayaran adalah kepada penyiar iklan. Google hanya mengambil 22% sahaja.
7. Jenis iklan yang muncul lebih berkait rapat pada kata kunci artikel atau entri, justeru CTR akan lebih tinggi
8. Boleh menggunakan Google AdWords (Keywors Tool) untuk mengesan kata kunci yang mempunyai kadar bayaran serta volume carian yang tinggi.
Kelemahan Google Adsense
1. Perlukan proses permohonan dan review oleh mereka sekiranya anda ingin menjadi penyiar iklan. Ramai yang mengalami masalah disini (InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan tulis kaedah yang saya gunakan untuk memperoleh akaun Adsense, permohonan saya diluluskan dalam masa 1 minggu).
2. Mempunyai syarat yang ketat kepada penyiar iklan serta sekiranya syarat dilanggar mereka tidak teragak-agak untuk membatalkan akaun.
3. Buat masa ini Google masih tidak menyokong sepenuhnya Bahasa Melayu, oleh itu, pencarian kata kunci yang bernilai tinggi agak sukar.
Konklusinya kelihatan Google Adsense memiliki banyak kelebihan berbanding Nuffnang. Namun begitu, mungkin ada dikalangan kita (termasuk saya) yang masih selesa menyiarkan iklan Nuffnang atas sebab-sebab tertentu.
Walaubagaimanapun apa yang saya nampak sekiranya Nuffnang mahupun syarikat pengiklanan di Asia Tenggara yang lain tidak lakukan penambahbaikan pada sistem mereka mungkin lebih ramai yang akan lari ke Google Adsense kerana sebelum ini mungkin untuk blog berbahasa Melayu mereka tidak boleh siarkan iklan Adsense namun kini sudah tiada alasan lagi untuk tidak berpindah.
banyak cara yang dgunakan nak apply google adsense ni selain bina website berbahasa inggeris,..
nice info bro..
sedang dalam percubaan untuk mencuba adsense pula..
Salam bro Nama kita sama lah tapi blog kita tak sama singgah lah kalau rajin ok..
akaun adsense tak pernah dapat approval dari google, tlg share tips macamne nak mohon adsense utk blog bahasa melayu..
Saya dah share caranya.
[…] entri sebelum ini saya ada tulis berkenaan Adsense Vs Nuffnang dan berkenaan janji saya untuk berkongsi bagaimana saya berjaya mohon akaun Adsense dengan sekali […]
Nuffnang ni kind of picky when it comes to gliterati status…I got 40 unique visitors in one day and yet not qualified to be the glitterati member….
BizBakhtiar
http://bizbakhtiar.blogspot.com/
Educating Public To Increase Financial IQ Knowledge
wah… betul2..