Home Isu Semasa Lulzsec dan Anonymous, Hasil Penyiasatan FBI dua suspek lagi ditahan

Lulzsec dan Anonymous

(Gambar yang sering diguna pakai oleh kumpulan LulzSec)

Dua lelaki telah ditahan atas penglibatan dalam serangan online  kumpulan penggodam Anonymous dan LulSec, menurut kenyataan dari polis Scotland.Dua lelaki tersebut yang masing-masing berumur 24 dan 20 ditahan semalam (Khamis) di Mexborough, berdekatan Doncaster atas tuduhan  dibawah kesalahan Akta 1990 Penyalahgunaan Komputer.

Jurucakap dari  Polis Metropolitan London tersebut menyatakan kejayaan tangkapan ini merupakan hasil dari penyiasatan yang berterusan bersama FBI, Pejabat Polis Selatan Yorkshire dan beberapa agensi penguatkuasa yang lain terhadap aktiviti yang dilakukan oleh Anonymous dan LulzSec, terutama yang behubung dengan suspek yang berselindung dibawah identiti online “Kayla”.

Jurucakap tersebut turut mengulas tangkapan tersebut dilakukan secara berasingan, dan semua peralatan komputer suspek dirampas untuk dijalankan ujian forensik.

Detektif Inspektor Mark Raymond dari Unit Pusat Polis Metropolitan e-Jenayah  (PCeU) berkata: “Suspek yang ditahan mempunyai hubungan dalam siri penggodaman komputer dan serangan Penafian Servis (Dos) secara besar-besaran yang keatas beberapa syarikat multinasional, institusi-institusi awam serta agensi penguatkuasaan di Britain dan Amerika Syarikat.”

“Kami sentiasa bekerja untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan akan membawa mereka ke muka pengadilan, ini untuk pastikan kumpulan itu berjaya dihapuskan serta mereka yang yang terlibat menyokongnya.”

Dalam hasil penyiasatan yang berasingan dua lelaki telah dikenakan hukuman  atas kesalahan jenayah online oleh Anonymous, jelas jurucakap dari Polis Scotland.

Christopher Weatherhead, 20 dari Northampton dan Ashley Rhodes, 26 dari Kennington, Utara London telah dikenakan hukuman tersebut.

Polis juga berjaya menahan beberapa remaha dari Chester yang berumur 17 tahun dan pelajar Peter David Gibson,22 atas kesalahan yang sama.

Kesemua suspek yang ditahan akan hadir dalam pembicaraan di Mahkamah Bandar Westminster Magistrates pada 7 September ini.

 

 

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA