Home Isu Semasa Ketua Kumpulan Penggodam LulzSec Ditangkap

Baru-baru ini seorang penggodam (Hacker) yang berumur 19 tahun dari kumpulan LulzSec telah berjaya ditangkap di Essex England dalam kerjasama antara FBI dan  Penguatkuasa Scotland

Jurucakap dari Jabatan Penguatkuasa Scotland antara lain menyatakan penangkapan ini akan membawa kepada penyiasatan terhadap beberapa serangan yang dilakuan terhadap  rangkaian internet serta distributed denial of service (DDoS)  kepada laman-laman web perniagaan antarabangsa serta agensi penyiasatan.  Ketua kumpulan penggodam tersebut berjaya ditangkap setelah pihak berkuasa berjaya mengesan jejak di Wickford Essex yang seterusnya membawa kepada penangkapan pada malam 20 Jun yang lalu. Penangkapan ini akan memberi petunjuk yang sangat bermakna bagi pihak berkuasa dalam membanteras kumpulan penggodam ini. Setakat ini ujian forensik masih terus dilakukan.

penggodam

Lulzsec merupakan antara kumpulan penggodam yang banyak melakukan serangan Anti-Keselamatan dan mendedahkan maklumat sulit kerajaan dan beberapa syarikat besar yang lain. Selain itu, kumpulan ini turut memberi bantuan dalam beberapa siri serangan yang dilakukan oleh Anonymous.

logo kumpulan lulzsec

logo kumpulan LulzSec

 

Dengan penangkapan ketua mereka ini mungkin akan membantutkan aktiviti mereka ataupun mungkin juga kumpulan ini akan terus dibubarkan. LulzSec sebenarnya sebelum ini telah menerima banyak bantuan daripada individu tertentu dan kumpulan penggodam lain termasuk WikiLeaks dan Anonymous, kelihatan kebarangkalian untuk mereka meneruskan operasi selepas ini adalah sangat rendah.

Berita dipetik dari International Business Times (IBT)

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA