Home Isu Semasa Kerana rempeyek, anak dibelasah!

Pada 8 Ogos 2012, Malaysia digemparkan dengan laporan berita daripada sebuah akhbar tabloid tempatan mengenai kejadian seorang ibu membelasah anaknya sehingga lebam dan cedera hanya kerana anaknya merosakkan rempeyek yang dibuatnya. Berikut adalah petikan daripada laporan daripada akhbar tabloid berkenaan

KUALA LUMPUR: Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas.

Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan.

Kejadian seperti ini boleh kita sifatkan sebagai aneh dan jarang-jarang berlaku di Malaysia. Sangat mengejutkan. Bagaimana hanya dengan merosakkan rempeyek yang dibuat untuk hidangan aidilfitri, seorang ibu tergamak untuk membelasah anaknya sehinga berdarah di mulut dan hidung. Dan anak itu baru berumur 6 tahun!

Perkara seperti ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Ibu yang seharusnya menjadi tempat mengadu serta sumber kasih sayang utama menjadi penjenayah yang meragut kebahagiaan anak itu sendiri! Aduhai. Ibu seharusnya mendidik dengan cara yang lebih berhemah dan berhikmah dalam membentuk peribadi anak itu, namun, ibu ini telah silap mendidik dengan menghukum anak itu dengan hukuman yang melampau dan hanya kerana ‘rempeyek’! Aduhai.

Dalam kehidupan ini, tuhan memberikan kita akal untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Kerana itu setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia dikira sebagai pahala atau dosa, kerana kita mampu dan berhak untuk memikirkan tindakan yang diambil oleh kita. Maka pertimbangkanlah dengan sebaiknya dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan pernah melakukan sesuatu dengan hanya mengambil kira emosi kita semata-mata.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA