Home Tutorial Hosting Kenapa perlu pilih WordPress untuk blog???

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah aplikasi yang sesuai untuk membina blog anda. Seperti yang diketahui umum, hari ini terdapat banyak laman web yang   menyediakan  perkhidmatan blog secara percuma seperti blogger dan wordpress. Namun tentu menjadi persoalan manakah blog yang paling terbaik untuk anda.

Keputusan untuk memilih blog yang mana harus anda guna terletak seratus peratus di tangan anda. Namun bagi saya penggunaan wordpress adalah yang paling terbaik pada pendapat saya. Mengapa pula wordpress..???

Berikut saya terangkan beberapa perkara yang anda pasti akan teruja sekiranya memilih wordpress sebagai blog anda.

 

  • WordPress merupakan aplikasi blog PERCUMA dan OPEN SOURCE.
  • Memiliki tema yang pelbagai dan menarik.
  • Sangat mudah digunakan.
  • Mudah di pasang.
  • Jumlah plugin percuma mencecah lebih 13,932 .
  • Mesra search engine.
  • Lebih 25 juta website/blog telah menggunakan wordpress seluruh dunia.

Sebenarnya terdapat dua pilihan untuk anda gunakan wordpress ini. Yang pertama anda hosting wordpress anda pada wordpress.com yang kedua memasang aplikasi wordpress pada hosting server anda. Kebanyakan hosting server memang telah menyediakan pemasangan secara automatik pada control panel.

Walaubagaimanapun terdapat juga cara manual untuk memasang aplikasi ini. Caranya adalah memuat naik ke hosting server anda.

Untuk memasang secara manual anda perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi wordpress di laman web wordpress.org . Kemudian pergi ke bahagian ‘download’ melalui menu. Setelah itu pilih untuk muat turun dengan menekan button ‘download wordpress xxx’. xxx merupakan nombor versi wordpress yang terkini.

download WordPress

Setelah selesai muat turun ‘extract’ kandungan file zip tersebut dan upload ke hosting server anda.

Kemudian anda perlu lakukan proses pemasangan dengan menaip pada URL penuh lokasi anda memuat naik file wordpress tadi. Contohnya http://yourwebsite.com/wordpressblog/.

Kemudian pilih untuk ‘install’.

Isikan maklumat mysql database anda.

Apabila pemasangan selesai satu form login akan muncul untuk anda login ke dashboard anda.

Wordpress login

Setelah login ke dashboard anda boleh mulakan untuk menulis blog anda. Selain itu anda juga boleh memilih tema wordpress di sini wordpress theme . Manakala untuk memasang plugin secara percuma boleh dapatkan di wordpress plugin

Saya juga ada menghasilkan beberapa plugin untuk wordpress ini, anda boleh lihat pada page ini. Anda boleh muat turun plugin-plugin ini secara percuma. ;)

MHR Banner Plugin (Untuk letak iklan pada page footer)

MHR Custom Anti Copy (Elak orang copy-paste aje kandungan web/blog anda)

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA