Home Maklumat para pelajar Kelebihan dan Kekurangan Asasi,Tahmidi,Matrikulasi,Diploma,Tingkat 6, dan Sijil

pro dan contra

Tips ini dipetik dan diubahsuai dari blog Cik Tikah. Kredit kepada beliau untuk tips ini.

Sebenarnya, tempat kita nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian kita. Selebihnya adalah dari ini inisiatif kita termasuklah ‘nasib’. Kalau usaha di tambah dengan nasib tambah minat tambah rezeki kita itu baik, maka, gempak lah result kita. Kalau tak, memang tak la.

Kelebihan dan kekurangan bagi Matrikulasi, Asasi,diploma,Tahmidi, tingkat 6 dan sijil adalah seperti berikut:

Matrikulasi

1.Di bawah kerajaan – Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi.(Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju(Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. atau  akan di tendang.(Contra)
7.Matrik, anda dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation

1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma

1.Masa pembelajaran yang panjang – Biasanya 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi dan Tingkat 6 (Pro)
3.Lebih peluang kerja – Matrikulasi + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrikulasi – Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi. (Pro)

Tahmidi (USIM)

1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

Tingkat 6

1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang anda mahukan. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tidak ada masalah bila keputusan 3.5 pada aliran sains (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.STPM science stream, anda dapat pointer dalam 2.75 pun anda mungkin dah boleh kalahkan matrikulasi yang pointer 3.2-3.4 (Pro)

Sijil

1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
5.Tidak digalakkan ambil Sijil.

11 replies to this post
  1. Diploma mmg byk advntage… tp x smua bdk lepasan diploma lbh berilmu…x smesti jgk bdk lpsn diploma lbih mantap ilmunya… klw msuk diploma 3thn pon, klw 3thn tu duk byk ‘honeymoon’ , prsn dh bgus bla result stiap sem 3.5 above, hancus jgk… x blh pakai… stkt study malam exam, then hafal buta, x faham ape, bila exam, muntahkn balik nota2 yg dihafal tnpa fhm konsepnya… tiada kualiti bg org yg mcm ni… sy ckp ni brdsrkn pglman…sy lpsn diploma, wlwpon sy dpt offer ke asasi… tp sy plih diploma…sbb byk advntge kt sy n byk advntge kpd siapa yg btol2 nk stdy utk ilmu…. =)

  2. kalau dah hbis matrik, bila nak smbung degree tp ambil course yg menyimpang jauh dr couse yg diambil dlm matrik, boleh x? pendapat??

Leave a Reply

In an effort to prevent automatic filling, you should perform a task displayed below.