Home Android Kaedah Spy Mesej pada Whatsapp

Seorang rakan saya bercerita berkenaan kenalan beliau yang diintip (spy) perbualan oleh kekasih melalui Whatsapp, kenalan beliau menggunakan iPhone yang tidak “jail broken”.  Bagi anda yang memiliki ilmu tentang keselamatan komputer (Computer Security) pastinya terfikir exploit atau aplikasi spy untuk memasang backdoor pada telefon. Tapi tahukah anda Whatsapp sendiri menyediakan backdoor untuk anda berbuat demikian tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan.

Walaubagaimanapun anda perlu mendapat fizikal akses ke telefon mangsa dalam kurang dari 3 minit. Kaedah ini sebenarnya sangat berkesan kerana saya pasti ramai daripada kita tidak akan perasan. Teknik ini boleh digunakan pada mana-mana sistem Operasi tak kira iOS atau Android dan lain-lain.

Baiklah saya terangkan langkah demi langkah.

1. Buka web brower dari telefon anda (contohnya Safari atau Google Chrome). Dan buka laman web http://web.whatsapp.com pastikan anda pilih pilihan “Request Desktop Site“. Browser anda akan paparkan QR-Code. Pastikan anda tandakan “Keep me sign in” untuk terus mengintip tanpa perlu mengulang proses ini.

Whatsapp web

2. Dapatkan akses ke telefon pintar manga, pastikan terdapat sambungan internet. Perlukan sedikit soft skill la :).

3. Buka aplikasi Whatsapp dari telefon mangsa. Untuk Android buka menu, pilih “Whatsapp Web”. Bagi pengguna iOS  pergi ke tab Settings dan pilih “Whatsapp Web”. Tekan pada “Scan Qr-Code“. Scan QR-code pada web browser di telefon anda.

scan QR-code

4. Sekiranya proses diatas berjalan dengan lancar kini anda boleh mengakses Whatsapp mangsa dari web browser telefon anda.

whatsapp web

 

Seterusnya bagaimanakah untuk kita mengetahui atau mengelak daripada menjadi mangsa intiman individu yang tidak bertanggungjawab :)

  1. Jangan biarkan telefon pintar anda ditingalkan tanpa dikunci (lock) dengan kata laluan, pin dan sebagainya.
  2. Apabila memberi pinjam telefon pintar pada orang lain pastikan anda lihat apa yang dilakukan oleh si peminjam.
  3. Untuk Whatsapp pastikan anda nyah aktifkan sambungan ke web yang bukan daripada anda
  4. Laporkan pada polis sekiranya anda percaya anda diintip. :)

2015-11-27 16.13.38

 

Penafian: Perbuatan mengintip kebiasaanya adalah salah disisi undang-undang dan mungkin boleh membawa kepada hukuman penjara ataupun denda sekiranya tertangkap. Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya artikel ini disalah gunakan, artikel ini dikongsi oleh penulis untuk tujuan kesedaran berkenaan kaedah pengintipan yang wujud.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA