Home Isu Semasa Info Terbaru Serangan Anonymous Hacker Pada Laman Web Kerajaan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu rancangan serangan anonymous hacker ke atas laman web kerajaan (www.malaysia.gov.my). Notis serangan tersebut telah dihantar melalui gambar di http://i.imgur.com/PTFWh.png . Serangan itu dikatakan akan dilakukan pada 7.30 PM GMT ataupun pada pukul  3.30 pagi waktu Malaysia.

Serangan keatas SabahTourism.com menunjukkan yang Anonymous hacker tidak bermain-main dengan notis ancaman ini. Kumpulan ini telah berjaya meninggalkan jejak godam mereka pada laman web tersebut dengan mesej

PEACE NO HARM WAS DONE, To sabahtourism.com Please fix the exploit.

There are more that 3456 accounts are in risk and we only release 392 accounts only!

We are Anonymous, We are Legion, We do not forgive, We do not forget. Expect us.
WE LOVE MALAYSIA

 

Mesej tersebut boleh dilihat pada laman web pastehtml.com.

anonymous hacker malaysia operation

Berita tentang ancaman ini sebenarnya telah dikeluarkan oleh Mikko Hypponen yang merupakan salah seorang pegawai F-Secure yang beribu pejabat di Finland melalui tweet beliau.  Tujuan serangan tersebut adalah akibat daripada tindakan kerajaaan Malaysia yang telah menyekat 10 laman web perkongsian fail.

Kumpulan hacker ini juga sebelum ini telah terlibat dalam beberapa serangan iaitu pada laman web Sony Playstation dan laman web kerajaan Turki.

Berikut merupakan mesej yang telah dihantar oleh kumpulan anonymous hacker melalui youtube.

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour.

 

UPDATE

Laporan berikut merupakan apa yang terjadi antara waktu 11.00 pm (15 Jun) hingga 5.00 am (16 Jun).

Beberapa laman web yang berkaitan dengan kerajaan telah berjaya digodam tetapi bukan dari kumpulan Anonymous, sebaliknya serangan DDoS dan patch dari Dragon Force. Antara laman web yang mengalami serangan tersebut adalah.

www.jbiotech.gov.my/admin/
www.tourmalaysia.com.my
www.penang.uitm.edu.my/
www.jbiotech.gov.my/admin/
www.ezi2care.jkm.gov.my/

Selain itu nampaknya serangan Anonymous yang dijangka bermula pada 3.30 am tersebut masih tidak kelihatan lagi kesannya. Adakah Anonymous berjaya lakukannya, tunggu dan lihat sahaja bagaimana kerajaan mampu menangani serangan tersebut.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA