Google Plus One Button – SEO terbaru
Baru-baru ni Google telah mengeluarkan button Google +1. Ramai pakar SEO mengalakkan blogger memasang button ini sebab menurut mereka kemungkinan besar Google akan lihat pada button ini sebagai indikasi kepentingan blog atau page itu. Saya pun telah memasang button ini. Tentu anda pun perasan kat bahagian awal entri ini ada satu button.
+1 ni sebenarnya membawa maksud “this is pretty cool” atau “you should check this out.” Jadi google bot akan lihat jumlah yang vote pada button tu bila ia datang untuk crawl page. Khabar angin yang saya dengar juga kemungkinan button +1 ini akan menggantikan pengaruh button Twitter sebagai indikasi SEO.
Cara Pasang Google Plus One.
WordPress Blog
Bagi pengguna WordPress anda bertuah kerana plugin untuk button ini telah siap dibina walaupun baru dalam sebulan google keluarkan button ni. Anda boleh dapatkan Google Plus one button di laman web WordPress.org
http://wordpress.org/extend/plugins/plus-one-button/
ataupun yang ini
http://wordpress.org/extend/plugins/google-plus-one-google1/
Cara untuk pasang plugin seperti biasa upload pada folder “/wp-content/plugins/” dan aktifkan melalui menu ‘Plugin’ pada dashboard anda.
Blogspot
Pergi ke Blogger Dashboard > Design > Edit HTML. Kemudian klik pada button “Expand widget Templates” . Cari tag ‘</head>‘ . Copy code di bawah dan paste sebelum tag tersebut.
<script type="text/javascript" src="http://apis.google.com/js/plusone.js"> {lang: 'ms'} </script>
Kemudian cari tag <data:post.body/>
Untuk letak atas post copy dan paste code dibawah sebelum tag tersebut.
<div style='float:left'> <g:plusone size="standard" expr:href="data:post.url"/> </div>
kalau nak letak bawah post pula gunakan code dibawah dan paste pada selepas tag.
Sekiranya anda ingin perlukan customization tambahan just tanya pada comment dibawah.
Lagi satu sekiranya anda tidak dapat lihat button +1 tu, kemungkinan browser anda tidak support. Cuba upgrade browser anda ke versi terbaru. Selain itu untuk vote pada button itu anda perlukan account google dan laman web yang anda vote akan terpapar pada akaun google profile.
Sekiranya anda rasa artikel ini cool.. jadi +1 sekarang :) . Selain itu, anda juga boleh subscribe pada email untuk tidak terlepas tips-tip SEO yang terkini.