Home Software dan Komputer Facebook Viral Like Premium Version 3.0 Script FB Apps paling berkuasa dipasaran!

Facebook Viral Like Premium (FVLP) kini telah memasuki fasa pembangunan versi 3.0 iaitu versi paling terbaru dengan pelbagai ciri-ciri menarik dan penambahbaikan.

Seperti yang diketahui umum Facebook sentiasa mengubah terms serta cara bagaimana mereka menerima ataupun menolak mana-mana aplikasi pada internet. Selama tempoh beberapa bulan menghasilkan beberapa version FVLP pelbagai bentuk analisis dilakukan oleh saya untuk lihat bagaimana aplikasi sebahagiannya diterima manakala sebahagian lagi tidak diterima dan disekat beberapa fungsi oleh Facebook.

Hasil daripada pemerhatian ini serta analisis yang dilakukan FVLP akan dinaik taraf untuk mengurangkan FACEBOOK BOTS daripada terus menerus menyekat fungsi pada aplikasi yang dijana dibawah platform FVLP.

Ya, yang lakukan proses sekatan tersebut adalah BOT bukanlah manusia, jadi tentu ia mempunyai patern tertentu dan berulang untuk bagaimana sesuatu aplikasi itu diterima ataupun ditolak oleh mereka. Jadi daripada analisis yang begitu lama ini saya berjaya lihat beberapa patern (corak)  yang membawa kepada penghasilan script version 2.0. Namun versi 2.0 tidak dijual sebaliknya saya upgrade kepada version 3.0 dengan tambahan fungsi dan lebih mesra pengguna. Script v2.0 tersebut digunakan pada aplikasi Fail Cinta dan juga Kad Pengenalan Facebook serta beberapa aplikasi lain yang mempunyai ciri-ciri viral tetapi mudah di ban oleh Facebook.

Sebagai hadiah kepada anda yang membaca artikel ini saya dedahkan salah satu rahsia yang telah lama saya pegang iaitu persoalan mengapa Facebook menyekat ataupun ban sesuatu aplikasi sedangkan  orang lain yang menggunakan script yang sama tidak mengalami situasi seperti yang dialami anda. Sebelum itu, benarkah Script Viral yang anda gunakan mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Facebook? Saya tidak fikir ia menepati kerana untuk pengetahuan anda Facebook menentang keras penggunaan aplikasi viral. Sebab yang pasti ia merugikan mereka, apabila anda menggunakan kaedah ini fungsi ads mereka tidak akan digunakan. Ingat Facebook jana keuntungan melalui ads mereka.

Selain itu, cuba lihat kenapa Script viral yang anda gunakan menyalahi terma dan syarat.

Petikan daripada developer guide:

“You must not pre-fill Photo captions unless the user manually generated the content earlier in the workflow. These fields are intended for users to express themselves. Pre-filling these fields erodes the authenticity of the user voice.”

Yang membawa maksud lebih kurang anda tidak boleh mengisi penerangan pada gambar yang dipos ke wall pengguna. Dan yang pastinya untuk aplikasi menjadi viral semestinya script yang anda gunakan perlulah menulis secara automatik penerangan serta link. Tetapi kaedah ini salah satu yang bertentangan dengan terma Facebook sendiri.

Justeru benarkah Script viral yang anda gunakan sekarang adalah tidak melanggari Terma dan syarat yang ditetapkan?

Inilah kepentingan untuk anda membeli script daripada developer script berbanding membeli dengan pihak ketiga. Developer biasanya akan sedar tentang perkara-perkara ini bagi memastikan script yang ditulis mengikut piawai yang ditetapkan ataupun cuba menghampiri piawaian tersebut.

Selain daripada ini masih banyak lagi terma dan syarat yang mungkin script viral yang pernah anda gunakan sekarang ini melanggar terma ini salah satunya auto share dan lain-lain.

Sebagai tambahan tahukah anda tentang perkara ini, saya ambil petikan daripada Facebook developer guide.

“…This has a tendency to lead to strong negative feedback from users, which may result in your app exceeding our spam thresholds in violation of our Principles. An example of this can be seen here:”

Iaitu Spam thresholds. Jadi kata aplikasi anda tidak Spam? tapi benarkah begitu? Saya tidak bercadang mengupas tentang perkara ini kerana semuanya saya telah compile dalam bentuk script terbaru dan paling berkuasa dalam pemasaran viral iaitu

Facebook Viral Like Premium V3

Apakah kelebihan yang ditawarkan oleh v3 ini? Apakah perubahan yang dilakukan berbanding script v1 yang dijual sebelum ini? dan pelbagai persoalan lagi. Ikuti sambungannya disini

 

 

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA