Home Programming PHP Facebook Page Like Viral NoSSL – Update dari FVL percuma dan open...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berita gembira boleh dikatakan kepada semua yang pernah menggunakan Facebook Viral Like Lite yang sebelum ni saya publish secara percuma dalam laman forum peranti.my dan juga kepada ahli group Facebook Mahadir Lab dan Facebook Apps malaysia.

Satu lagi script percuma + fungsi yang tiada dipasaran

Saya sebenarnya masih lagi dalam minggu peperiksaan CIE, masa saya tulis post ni tinggal lagi 3 paper lagi untuk merdeka. Tapi ada selang seminggu antara kertas seterusnya jadi saya ambil masa 2 hari dari cuti ni untuk siapkan update ni. Semoga anda mendoakan kejayaan saya dalam peperiksaan dan dipermudahkan untuk kertas yang baki ni. :) .

Ok. Cukup cerita pasal personal,sekarang pasal script Facebook Page Like Viral NoSSL ni. Untuk script ni saya update walaupun beberapa kali saya kecil hati dengan individu yang publish source code untuk FVL Lite. Saya tahu anda memang tak suka backlink dan saya pun tak suka. Tapi saya cuma saya minta hormat dengan terma yang saya tetapkan, at least letakkan sedikit kredit ke saya walaupun anda telah edit.

Untuk script ni saya telah buka ia kepada sumber terbuka (open source) dan juga saya telah tambah fungsi dan fix beberapa masalah antaranya.

* Saya telah tambah sistem pemasangan

* Fix masalah speed loading

* dan optimize beberapa function

* fungsi yang ada pada FVL Lite

* Kini anda boleh guna sebarang jenis warna.

* Dan banyak lagi saya tak ingat, jadi saya telah upload ke GitHub untuk next time senang nak trace log.:)

Untuk pemasangannya tersangat mudah kerana dengan sistem pemasangan anda tidak perlu lagi tahu tentang pengaturcaraan PHP. Jadi jom pasang.

License Script:

[YA] – Kegunaan sendiri
[YA] – Boleh digunakan sebagai artikel blog
[YA] – Boleh digunakan sebagai artikel web
[YA] – Boleh diberikan PERCUMA
[YA] –  Boleh diletakkan dalam laman keahlian terbuka
[YA]–  Boleh diubahsuai (selagi tidak buang kredit pada script)
[YA] – Boleh dipakejkan dengan produk berbayar (selagi tidak membuat sebarang ubahsuaian pada kredit script)
[YA]– Boleh diberikan bonus kepada produk bebayar (selagi tidak membuat sebarang ubahsuaian pada kredit script)

 

[TIDAK] – Boleh dijual (Tak boleh sebab anda dapat secara percuma jadi orang lain berhak untuk dapat percuma juga)
[TIDAK] – Boleh meletakkan nama anda sebagai penulis script
Muat turun dulu di : https://github.com/mahadirz/facebook-page-like-viral-nossl

 

Langkah 1:

Pergi ke Facebook Apps Dashboard untuk dapatkan API key pair, App ID dan App Secret untuk bakal app anda.

Link: https://developers.facebook.com/apps

Klik pada create new app, kemudian popup seperti dibawah akan muncul.

Setkan App Name dan klik Continue. Satu security check akan muncul, sahkan anda bukan bot kemudian klik Continue sekali lagi. Setelah selesai proses diatas tadi anda akan diberikan dengan APP ID dan SECRET.

 

Copy kedua-dua APP ID dan APP SECRET untuk digunakan pada langkah seterusnya.

Langkah 2:

Bina tab pada Facebook Page yang anda ingin pasang app ni. Boleh guna link dibawah untuk tab percuma dari Woobox.

http://www.facebook.com/add.php?api_key=3bdf624328142c39b2cbbadfb63ecff8&pages

Copy URL tab ini untuk digunakan kemudian.

 

Langkah 3:

Upload kesemua file script yang telah anda muat turun tadi ke folder web hosting ataupun server anda menggunakan perisian FTP seperti Filezilla FTP client dan sebagainnya. Seeloknya bina folder khas.

Buka browser anda dan pointkan URL ke folder install.

Contoh anda upload ke folder fbapps/sameface dan domain anda domain.com jadi URL seperti berikut.

http://domain.com/fbapps/sameface/install

Satu web configuration akan muncul.

 

Masukkan data yang anda telah perolehi dari langkah yang sebelumnya pada web ni. Setelah selesai klik submit. Anda mungkin akan diminta untuk memberi authentication kepada Mahadir Remote API SDK, hanya ahli group Mahadir Lab ataupun Facebook Apps Malaysia sahaja yang dapat menggunakan API dari SDK ni. Mereka yang saya letak dalam senarai blacklist juga tidak boleh menggunakannnya.

 

Selepas itu, sekiranya tiada sebarang masalah semasa pemasangan, satu popup akan muncul menyatakan pemasangan berjaya dengan dua maklumat yang anda akan guna pada langkah yang seterusnya.

copy maklumat URL Page Source dan Non-Fan Page Source untuk digunakan pada langkah seterusnya. Kalau pada Mozilla Firefox akan muncul popup macam kat gambar boleh copy guna mouse tapi pada Google Chrome perlu tekan CTRL+C pada popup. Kalau guna IE maaf saya tak cuba.

Langkah 4:

Pergi ke tab pada page dan klik pada settings.

 

Kemudian masukkan maklumat dari langkah sebelum tadi pada settings

 

Setelah itu, klik pada button Save Settings kat bawah sekali.

Anda boleh cantikkan apps anda apabila muncul nanti dengan letakkan image pada tab dan set pada mode timeline 810px. Anda juga boleh pergi ke Facebook Apps Dashboard dan ubah icon app anda untuk lebih menarik.

 

 

Dengan itu selesailah proses pemasangan apps menggunakan script Facebook Page Like Viral. Anda boleh cuba app yang telah siap saya pasang + tab image + apps icon pada link dibawah:

http://jomshare.me/sameface

Akhir kata,

Sekiranya saya menerima maklum balas positif serta sokongan daripada anda, saya mungkin akan kerap update dan tambah fungsi baru dan menulis cara untuk edit script pula.

Saya beri script ini secara percuma semoga ada manfaat bagi anda dan juga saya harapnya. Kalau saya nak jual dengan fungsi yang ada padanya harga tak kurang dari RM50.

Untuk script percuma ni tiada sebarang limitation tapi tiada fungsi yang ada pada script premium, juga tiada sokongan personal diberikan. Tapi kualiti script masih lagi sama taraf dengan yang berbayar.

Anda boleh bincang dalam group Facebook Apps Malaysia untuk bantuan, saya hanya akan respon sekiranya masalah adalah bugs pada script.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA