Home Software dan Komputer Elak kecurian bandwidth menggunakan .htaccess

hotlinking

Mungkin dalam diam atau tidak perasan ada orang yang mencuri bandwidth anda. Ataupun anda berasa marah apabila melihat gambar yang anda simpan pada server anda digunakan sesuka hati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kaedah hotlinking.

Secara basicnya apabila anda ingin menggunakan imej pada pada website anda, anda akan gunakan syntax html seperti berikut.

<img src="imagename.jpg" height="500" width="300"/>

namun terdapat sesetengah pihak yang ingin menjimatkan space dan Bandwidth pada hosting mereka mengambil pendekatan untuk tidak memuat file imej pada hosting mereka sebaliknya menggunakan link imej pada website anda dengan kod tadi.

 

Keadaan ini sudah pastinya menguntungkan pihak penyalin sebaliknya merugikan pihak yang yang disalin kerana setiap kali imej tersebut dilihat pada website si penyalin bandwidth anda akan berkurang tanpa sebarang keuntungan yang anda perolehi.

Oleh itu, Sebenarnya terdapat beberapa kaedah untuk menghalang hotlinking ini berlaku pada anda. Namun saya rasa cara yang paling efektif adalah dengan menggunakan setting pada file .htaccess. Apa yang anda perlu buat adalah memasukkan kod di bawah pada file .htaccess pada folder root anda.

RewriteEngine On
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(. \.)?mahadirlab\.com/ [NC]
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteRule .*\.(jpe?g|gif|bmp|png)$ /shame.jpeg [L]

Kaedah di atas merupakan penggunaan rewrite engine yang mana apabila seseorang hotlinking anda punya imej satu imej ‘shame.jpeg’ akan terpapar menggantikan imej yang ingin dicuri. Anda boleh letakkan imej yang memalukan. Untuk menggunakan kod di atas tukarkan ‘mahadirlab’ kepada domain anda.

Namun kaedah di atas tetap memakan bandwidth anda apabila si pencuri tetap degil ingin paparkan imej shame tersebut ;) . Sekiranya anda betul-betul ingin berjimat dengan bandwidth lakukan 403 forbidden error.

RewriteRule .*\.(jpe?g|gif|bmp|png)$ – [F]

Gantikan baris terakhir kod yang mula-mula tadi dengan yang di atas. Maka apabila ada yang ingin hotlinking imej tidak akan terpapar langsung.

P/S : Pastikan anda buat backup terlebih dahulu sekiranya anda edit file asal .htaccess.

2 replies to this post

Leave a Reply to Mahadir Ahmad Cancel reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA