Download Ktool untuk Samsung Galaxy S2 [ root user]
Bagi pengguna Samsung Galaxy S2 yang telah root handphone , saya percaya app ini akan membantu anda terutama dalam proses memasang custom ROM.
Boleh download app ni melalui Google Play
Serasi dengan model : i9100 dan i9100G
Seperti pada gambar diatas, antara muka app ini dilengkapi dengan fungsi
1. Flash kernel
Membolehkan anda flash kernel (custom ataupun stock) tanpa menggunakan odin yang akan meningkatkan binary counter * . Caranya copy file zimage ke sdcard dan tekan saja button flash kernel form /sdcard/zimage .
2. Dump current kernel
Membolehkan kernel ditulis ke sdcard. Membolehkan anda flash untuk kemudian hari.
3.Backup dan restore EFS
Pastikan anda backup terlebih dahulu EFS sebelum flash custom ROM. Gunakan fungsi restore sekiranya betul-betul cara terakhir seperti IMEI anda terpadam semasa flash custom ROM.
4. Open .tar update pack
Yang ini saya tidak pasti sebab tak pernah gunakannya lagi. Semua urusan update saya gunakan CWM Recovery.
5. Reboot
Membolehkan fungsi restart phone
6. Reboot to recovery
Membolehkan memasuki ke recovey mode (CWM Recovery*) tanpa perlu menggunakan kombinasi button.
7. Reboot to Download mode
Membolehkan memasuki download mode tanpa perlu menggunakan USB jig ataupun kombinasi tiga button.
* Untuk kes sekiranya ia telah terpasang ataupun permasalahan yang datang daripada custom binary.
bro untuk xperia mini pro ade tak
aku dah try rom manager cwm tapi x support untuk buat boot in recovery mood
please