Home Isu Semasa Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah di GMi

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Baru-baru ini saya berasa amat bertuah dan gembira apabila Dato’ Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah telah dijemput ke German Malaysian Institute (GMi) sempena program iftar perdana yang telah diadakan oleh pihak GMi pada 16 Ogos yang lalu. Disebabkan rasa bertuah inilah saya telah cuba meluangkan sedikit masa saya untuk menulis pada ruangan blog ini.

Sebenarnya beliau merupakan antara motivator yang saya amat kagumi kesan kehebatan beliau memberi ceramah di Tv, radio dan juga beberapa buah buku yang ditulis oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Apa yang menariknya ceramah yang disampaikan oleh beliau (secara live) dalam masa hanya satu jam tersebut saya rasakan kesannya begitu mendalam malah lebih baik dari apa yang saya pernah dengar di media-media massa sebelum ini.

Justeru pada kesempatan ini, bagi yang tinggal berdekatan dengan kawasan bangi bolehlah meluangkan masa untuk menghadiri program satu hari bersama beliau berkenaan tajuk “Kami OK, Mama!” yang akan diadakan seperti berikut:

Lokasi: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Masa: 8.00 AM – 4.00 PM

Bayaran: RM 50 seorang (RM 30 pakej pelajar)

Tarikh: 20 August 2011 (sabtu)

Untuk membuat pendaftaran anda boleh menghubungi En. Ashraf di talian 0389262501

Selaku orang yang pernah mendengar ceramah beliau,saya amat-amat mencadangkan agar para pelajar mahupun ibu bapa dapat meluangkan masa di UM bersama Dato pada sabtu ini.

 

Jumpa anda disana, InsyaAllah…

mahadir-dr-fadzilah-kamsah

Bergambar bersama Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah

(Gambar saya yang kedua dari kanan belakang ;)  )

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA