Home Umum Dapat Surat Dari Google

dapat surat dari google

Salam 1 Malaysia semua.. rasanya dah dua minggu saya tak update blog ni. sebenarnya sekarang dan selepas ini saya akan sibuk dengan study sebabnya saya telah masuk ke program persedian ke Jerman dan akan mengambil peperiksaan advanced level (A-level) tak lama lagi, jadi saya terpaksa limit kan masa saya untuk menulis blog. Maklumlah untuk update blog ni pun perlukan masa yang banyak untuk karang dan fikirkan topik.. hehe..

Oh ye.. untuk kali ini saya just nak sembang-sembang kosong tentang surat dari Google.. mungkin anda tertanya-tanya surat tentang apa Google hantar. Okey.. bagi yang memiliki akaun Google Adsense pasti anda juga pernah dapat surat begini untuk mengesahkan alamat anda.

Ia surat yang dihantar terus dari USA (Amerika syarikat).. surat ni mengandungi PIN untuk anda “unhold” pembayaran duit dari Google.

Serba ringkas saya ceritakan saya juga agak risau betulkah akan sampai surat tersebut sebab tertulis akan sampai dalam masa 2-4 hari sahaja tetapi sudah berminggu masih belum sampai lagi. Tapi Alhamdulillah akhirnya sampai juga. Berikut saya cuba ringkaskan jumlah masa yang diambil untuk ia sampai ke rumah saya. Lebih kurang 19 hari baru sampai.. lambat betul..

Tarikh Google keluarkan PIN : 18 Jun 2011

Tarikh sampai ke rumah : 7 Julai 2011

Oleh itu, pengajaran disini bagi sesiapa yang mendapat notis “payment onhold” dan PIN sedang dihantar dan anda masih tidak mendapat lagi surat tersebut diharap anda bersabar sebab saya rasa setakat ini tempoh 19 hari ni merupakan rekod baru paling lama.. :)

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA