Daftar Akaun Paypal Dalam 5 minit
Post saya kali ini khas untuk menunjukkan kaedah mendaftar akaun paypal dalam masa 5 minit sahaja.
Bagi seorang ahli perniagaan masa adalah sangat penting, jadi saya telah ringkaskan tutorial ini untuk membantu anda mengejar masa.
Bagi yang terlibat dalam perniagaan internet atau yang kerap berurusan duit secara online, paypal merupakan salah satu pilihan terbaik dan selamat. Selain itu, kelebihan pada paypal ini adalah pendaftaran adalah percuma. Paypal hanya akan kenakan sedikit bayaran sewaktu anda menerima bayaran kelak. Paypal juga merupakan laman web yang menguruskan duit anda secara selamat kerana dilengkapi dengan sistem yang terjamin selain anda tidak perlu dedahkan maklumat peribadi seperti kad kredit semasa membeli belah di internet.
Baiklah sebelum anda mendaftar anda perlulah terlebih dahulu memiliki kriteria di bawah:
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau ke atas
- Memiliki kad kredit/debit ataupun akaun bank
- Memiliki emel
Sekiranya anda melepasi kriteria diatas maka anda layaklah untuk membuka akaun paypal. Untuk memulakan pendaftaran pergi ke laman web paypal. Anda boleh gunakan pautan dibawah untuk membantu anda.
Seterusnya anda akan tiba pada laman web seperti gambar di bawah:
Tekan button “Sign Up Today!” untuk mulakan proses pendaftaran.
Seterusnya anda akan tiba pada laman web untuk anda memilih jenis akaun yang anda ingin buka iaitu personal, premier, dan business. Di sini anda perlu buat keputusan untuk apa anda buka akaun paypal sekiranya hanya untuk membeli belah secara online maka eloklah memilih personal. Sekiranya ingin melakukan perniagaan secara perseorangan pilihlah premier. Business pula untuk perniagaan besar yang melibatkan syarikat. Dalam tutorial ini saya akan buka akaun jenis premier.
Setelah membuat pilihan yang anda mahukan tekan pada button “Get Started“.
Anda akan tiba pada satu borang yang wajib di isi. Lengkapkan borang itu dengan maklumat anda.
Pada borang ini, pastikan nama anda adalah sama dengan nama pada mana-mana akaun bank anda. Setelah semua maklumat lengkap di isi. Tekan button “Agree and create Account“.
Dengan itu, akaun adalah telah berjaya di buka tetapi masih ada langkah terakhir yang perlu anda lakukan iaitu sahkan emel anda. Caranya mudah sahaja login emel anda dan buka emel dari paypal. Cari pautan dalam emel tersebut dan klik pada pautan untuk pengesahan emel. dan….
Akaun paypal anda telah pun dibuka dan sedia untuk digunakan.
Anda sudah boleh melakukan penghantaran wang dan menerima wang. Walaubagaimanapun bagi yang memiliki kad kredit anda boleh sahkan kad kredit anda kerana kad kredit yang tidak disahkan mempunyai beberapa limitation iaitu:
- Maksimum penghantaran wang adalah 1,575.00
- Maksimum pengeluaran wang adalah RM 2000.00 sebulan
Baiklah sekiranya anda telah selesai berurusan dengan akaun paypal anda terus keluar melalui pautan “log out” pada bahagian atas web. Untuk login semula hanya perlu pergi semula pada log in page melalui pautan ini .
https://www.paypal.com/my/cgi-bin/webscr?cmd=_login-run
Masukkan emel dan kata laluan anda untuk masuk semula ke akaun anda.
************ Selesai ****************
* Nantikan rahsia menjana duit online melalui paypal dari saya.
* Sekiranya ada permintaan untuk cara link kad kredit atau debit saya akan tuliskan tutorial.
* Sebarang soalan atau tidak faham tanya sahaja, InsyaAllah saya akan bantu.
very useful for online payment :)
My recent post RM18 Million Facebook Promo- Actual Expenses Revealed
thnz for the infrmation.. :)
salam sejahtera. saya telah pun membuat akaun paypal. dan telah pun try untuk integrate kan dengan dengan debit card. masalahnya saya tak berjaya untuk verify kad debit tersebut. so bagaimana penyelesaiannya?
terima kasih
Make sure debit card tu sokong online payment.
kalau saya pakai akun bank rhb tp ade simbol visa boleh x??
ya boleh. VISA diterima