Home Software dan Komputer Cara Untuk Letak Iklan Nuffnang Terapung Disisi Blog

Sebenarnya saya tidak pernah bercadang pun sebelum ini untuk tulis post tentang topik ini. Walaubagaimanapun disebabkan terdapat permintaan daripada pengunjung blog ini saya luangkan masa saya untuk menulis tutorial meletakkan iklan Nuffnang pada sisi blog kerana pengunjung merupakan keutamaan bagi saya. Baiklah, Anda boleh lihat pada sisi kanan blog ini terdapat iklan Nuffnang. Jadi saya akan tunjukkan cara untuk letakkannya. Pertama sekali anda perlukan code nuffnang bagi saiz iklan skyscraper (160 x 200 pixel) Dapatkan di pada laman web Nuffnang anda. Selepas itu copy code di bawah

<!-- nuffnang fix side position by Mahadir -->
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:0px; right:5px;'>

[buang bahagian ini dan paste code nuffnang anda]

</div>
<!-- end nuffnang (http://www.mahadirlab.com)-->

 

 

Sekiranya anda ingin letakkan imej seperti di bawah pada bahagian atas iklan :

bagus

klik kanan pada imej di atas kemudian  “Save image as” ke komputer anda dan upload ke blog anda. Dapatkan URL ke imej tersebut dan letakkan pada code di bawah:

<!-- nuffnang fix side position by Mahadir -->
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:0px; right:5px;'>
<img src="[paste kan URL imej anda di sini]" width="112" height="57" border="0">
<br>

[buang bahagian ini dan paste code nuffnang anda]

</div>
<!-- end nuffnang (http://www.mahadirlab.com)-->

 

 

Setelah anda selesai copy mana-mana dari code di atas paste kan pada bahagian antara tag <html> </html> pada blog anda.

Anda juga boleh menyesuaikan posisi iklan mengikut keserasian blog anda.  Ubah nilai pada bottom dari 0 px ke lebih besar untuk naikkan sedikit dari permukaan blog. Manakala nilai right:5px juga boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian blog anda. Sebagai contoh tambah nilai dari 5px ke 10 px akan buatkan iklan menjauhi sisi kanan blog dan begitulah sebaliknya.

Selain itu anda juga boleh tukarkan  right:5px kepada left:5px untuk pindah iklan ke sebelah kiri blog.

Berikut merupakan contoh penuh code iklan yang saya gunakan, anda juga boleh copy yang ini cuma perlu ubahkan nilai pada nuffnang_bid dan image URL (img src=””).

<!-- nuffnang fix side position by Mahadir -->
<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:0px; right:5px;'>
<img src="http://www.mahadirlab.com/blog/wp-content/uploads/2011/06/bagus.gif" width="112" height="57" border="0">
<br>
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "373c5f547f56dd108ef496b36e117fc2";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/lmn.js"></script>
</div>
<!-- end nuffnang (http://www.mahadirlab.com)-->

* Kepada pengguna WordPress nantikan plugin pemasangan automatik iklan Nuffnang dari saya. Plugin ini dalam proses untuk disiapkan. Jangan lupa untuk subscribe melalui e-mail ataupun RSS untuk tidak ketinggalan post terbaru.

3 replies to this post

Leave a Reply to hidayahhasibuan Cancel reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA