Home Android Cara reset custom binary counter pada Android Jelly Bean I9100G

Ramai yang bertanya soalan pada saya tentang kaedah reset saya tulis sebelum ni dekat Cara reset custom binary counter pada ICS I9100G sama ada boleh digunakan untuk Android version 4.1 Jelly Bean. Jawapannya cara untuk reset boleh tapi bootloader yang saya bekalkan tidak boleh digunakan untuk versi ICS, maknanya setelah reset telefon anda tidak boleh untuk boot (dihidupkan).

gt-i9100_odin_jig

 

Kaedah reset ini menggunakan USB JIG.

Jadi  kepada yang ingin reset binary counter ni boleh guna boot loader yang disediakan khas untuk android Jelly Bean. Boleh muat turun kat sini

Reset binary i9100G JB.zip

Baiklah selepas selesai download, extract kandungan zip dan akan jumpa 4 files.

1. resetable_boot_loader.tar

2. JB-bootloadet.tar

3. Odin3 v1.83.exe

4. Readmen.txt

Untuk langkah yang seterusnya saya anggap komputer anda telah terpasang dengan driver I9100G. Kalau belum sila terlebih dahulu muat turun Kies dari samsung. Pastikan juga bateri telefon anda melebihi 60% untuk pastikan tiada gangguan semasa proses reset nanti.

Setelah itu, matikan telefon dan masuk ke DOWNLOAD MODE. Bagi yang tidak tahu cara untuk masuk ke mode ni boleh guna USB JIG setelah telefon dimatikan. Ataupun menggunakan kombinasi BUTTON POWER + HOME + VOLUME DOWN.

Setelah masuk ke download mode, plug USB dari komputer ke telefon anda, buka perisian Odin Downloader (file nombor 3 kat senarai diatas). Tunggu sehingga 0:[COM:ID] berwarna kuning, pilih fail nombor 1 (resetable_boot_loader.tar) melalui button PDA.

odin1m

Setelah selesai proses flashing resetable_boot_loader.tar ni kemungkinan telefon anda akan masuk ke mode recovery atau cuba untuk boot. matikan telefon dengan mencabut bateri ataupun power off melalui arahan pada recovery (sekiranya ada).

Setelah telefon mati plug USB JIG pada telefon. Anda akan dapat mesej macam gambar  kat bawah.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA